Thursday, February 2, 2017

Januari 2017 - hadiah giveaway/contest, free sample, freebie, goodie

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entri wajib setiap bulan. Alhamdulillah, ini minat baru saya. Hobi di masa lapang dan dah jadi ketagih. 2016 yang indah. Disember yang bertuah setelah murah pada November. Moga saya terus di murahkan rezeki. Amin

1. ISANI Malaysia


Giveaway join Disember lagi tetapi announcement winner pada 1 Januari. Ada 13 pemenang dan saya salah seorang darinya. Komen blessing wish pada post giveaway. Saya google wish. Dah jumpa yang ada kaitan saya edit bagi cantik dan bersesuaian dengan produk mereka. Wish yang saya google tu hanyalah idea bukan ditiru 100%. Hadiah diberi percuma tetapi kos pos perlu di tanggung oleh pemenang.


2. Mega Cineplex - Haunted School


Anjuran FB Mega Cineplex. Share entry contest dengan caption yang di beri. Serta tag 3 rakan. Pemenang kena collect hadiah di tempat yang ditetapkan. Acc FB husband yang menang.


3. White Eastern


Contest sempena Christmas. 3 akaun FB kami menang 😁. Alhamdulillah.

4. LipIce sample


Request di link yang diberi di FB LipIce Malaysia.

5. Ayam Brands 2017 kalendar dan buku resepi


Register jadi member club di website ayam brand dan terima ini.

6. Sampel losyen Senzues


Klik link  di fb dan isi form.

7. The Royale Bintang - I LOVE TO MAKAN - December 2016


Masa bercuti di hotel ni bulan Disember lepas dan sekali pakej breakfast. Masa makan tu husband tunjuk pamplet pasal contest ni dekat situ. Pemenang berdasarkan like paling tinggi. Tengok yang lain tak banyak like pun. Rasa yakin boleh dapat tu yang join. Pemenang berdasarkan like paling banyak dalam masa sebulan. Untuk Disember saya menang.

Hadiahnya baucar. Kena ambil sendiri di hotel. Baucar sah sehingga Februari je. Sebulan lebih je tempohnya.

8. Aidijuma


Giveaway di Instagram Aidijuma. Like post, tag friend dan repost.


Tak sangka menang sebab contest berkaitan Aidijuna ni susah la nak menang. Yang join selalu nya memang gila² obses nak menang dan akan tagging non stop. Saya tag sekali je dan dapat DM untuk bagi details. Sehari lepas tu hafiah sampai. 3 planner dan tudung AJ.

9. Asianic Halal sampel

Komen di post dan tag kawan². Kemudian PM butir peribadi di fanpage.


10. Jurlique
Giveaway di Instagram Jurlique. Tag kawan dan repost gambar. 100 orang pemenang di pilih.

Hadiah kena pick up di outlet. Saya pilih outlet Queensbay. Hadiah krim dan baucar rm100 untuk facial.

11. Laurier Super Slimguard Contest


Contest di FB. Jawab soalan di post contest.

12. Lactalove Giveaway


Tag rakan yang menyusu di post Giveaway dan share post berkenaan. Kena bayar duit pos sendiri.



13. Honda Malaysia - Christmas 360 count & win contest


Contest di FB Honda Malaysia. Senaraikan bilangan merchandise Honda dalam gambar dan beri slogan.


14. Sampel Elliadore


Beri butir peribadi di FB Elliadore dan tunggu posmen hantar. Dapat sampel EDP. Wangi

15. Sampel Allure Green Tea


PM butir peribadi di FB Allure Malaysia.

16. Safi Tag -> Bina pantun -> menang


Anjuran FB Safi. Bini pantun, tag 5 rakan dan saya menang saguhati. Saya join sebab tak perlu beri bukti pembelian dan banyak hadiah. Untuk saguhati saja 30 pemenang. Hadiah utama 10 pemenang, Selalunya tak pernah aspect untuk menang hadiah utama. Hadiah saguhati pun dah best. Produk Safi kot. Ok la, tak perlu keluar modal pun. Perah otak bina pantun je. Saya minta tolong ayah saya bina pantun. Ayah saya memang pakar bab pantun. Dia bagi 2 pantun. Dua-dua saya guna dah salah satunya menang.



17. Nippon Paint Malaysia


Contest di Instagram. Jawab soalan dan nyatakan pilihan warna kita. Saya menang 1 tin warna pilihan (1liter). Hadiah kena pick up di Shah Alam. Minta tolong SIL ambilkan. 2 hari lepas date yang di beri, admin message tukar date. Nasib la SIL tak jadi pergi hari tu sebab ada kematian. Saya tegur la juga sebab date tukar tak inform awal. Dah la request nak pos tapi tak boleh. Sebagai tanda minta maaf, hadiah di pos.



18. Old town white coffee Malaysia

Nama husband yang menang. Kira berapa ekor ayam dan beri jawapan bersama tag kawan². Husband menang saguhati je. Tak perasan pun menang sampai page reply comment minta details baru cek balik.



19. Haier

Contest di FB. Menang langganan paper Star selama 6 bulan.

20. Astro circle

Contest di FB Astro Circle. Screenshot gambar burung paling dekat terbang dengan itik dan beri slogan. Saya shorlisted sebagai pemenang. Boleh confirm lagi menang. Ada syarat² diorang nak cek dulu baru tau menang ke tak.

21. Anna Syaza - SexyBeauty dealer


Dealer SexyBeauty di FB. Komen dan tag kawan di post giveaway. Tamat contest, anak² dia cabut undi dan nama saya terpilih.

Hadiahnya lotion. Best guna. Wangi dan panas.

22. Face mask dari UrcosmeMy


Tak tahu camna leh dapat. Huhu. Nyanyuk dah.

23. AngPow dari Feruni


Isi particular di link fB Feruni dan dapat 6 keping angpow kosong 😀

24. BiSense Lucky Catch


Ada la main game kat FB Bisence. Tangkap product lepas tu tak paham dah camna nak main. Sudahnyabtinggal je game tu walau hari² dia announce sapa menang. Tiba² sampai hadiah kat rumah. Amik je la.

25. Sampel Crispy Cereal Snack pack


Dapat sampel snack ni. Request di Biogrow FB.

Alhamdulillah, penutup Januari dengan sejumlah 25 hadiah. Pencapaian yang besar bagi saya. Rekod individu 😊

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...