Monday, February 6, 2017

Resepi : Homemade Sos Carbonara


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hujung minggu kepas berkesempatan buat sos carbonara. Ini kali kedua buat. Yang pertama tu buat 3 tahun lepas kot. Lepas tu kalau nak makan guna yang Prego. Resepi asal saya ambil dari teman sekerja. Bahan² pun senang je. Saya ni, kalau tengok bahan² pelik, susah nak dapat / mahal memang tak buat la resepi tu. Okay, jom check it out.

Bahan-bahan

2 tin susu cair
Ayam / daging cincang (optional)
Carrot / saderi (optional)
Mixed herbs
Keju (parmesan / slice cheese)
Garam
1 labu bawang putih
2 biji bawang holland
Olive oil
1 biji kuning telur

Cara-cara

1. Panaskan olive oil. Boleh je guna minyak biasa guna kat rumah kalau tak de olive oil.
2. Tumis bawang putih dan bawang holland. Masa buat ni, bawang holland tak beli, guna je bawang besar yang ada kat dapur
3. Dah naik bau, bawang pun dsh kekuningan boleh la masukkan ayam cincang. Ikut suka la nak guna ayam ke daging ke seafood ke fishball ke fishcake.
4. Kalau kering sangat masukkan air sikit supaya mudah ayam masak.
5. Masukkan susu lepas ayam dah masak.
6. Masukkan sayur, garam, mixed herbs dan slice cheese.
7. Tunggu hingga mendidih, rasa dan adjust apa yang kurang.
8. Masukkan kuning telur, tutup api dan kacau laju² non stop. Agak² telur dah sebati dan masak boleh stop.

Sedia dimakan bersama pasta. Masa saya buat ni makan dengan makaroni. Sekali letak meatball. Goreng asing meatball. Letak dalam pasta, curah kuat carbonara dan letak sekeping slice cheese. Kuah masih panas memang awesome makan camni. Selamat mencuba ✌

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...