Monday, February 20, 2017
Resepi ayam masak lemak cili api
Assalamualaikum dan selamat sejahtera 😆
Hujung minggu lepas saya cuba resepi baru. Saya suka makan masak lemak tapi tak tau masak. Saya tak pandai masak makanan berasaskan santan. Sebelum ni ada la tengok resepi. Mudah je caranya. Bahan pun tak banyak. Cuma resepi tu ada macam² versi.k
Tapi hari tu nak juga masak. Jumaat cari bahan dan sabtu masak. Resepi malam sabtu cari, save dan pagi masa masak masih cari yang bersesuaian. Sudahnya saya mix and match ikut bahan yang ada. Hasilnya memang ikut selera saya, dari masin, pedas, kelikatan kuah dan lemaknya. Saya nak catat di sini. Mudah untuk saya rujuk semula bila nak buat. Yang buat ni saya sorang je makan. Husband belum pernah makan masak lemak seumur hidup dia. Suruh cuba rasa pun tak nak. Tak pe, next time kita pelawa dia lagi. Jom tengok bahan² dan cara penyediaan versi saya.
Bahan² ( untuk 2 orang makan)
3 ketul ayam
8 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
½ sudu teh serbuk kunyit
1 batang serai di ketuk
3 helai daun kunyit di racik
1 kotak santan (200 ml)
2 cawan air
½ kiub pati ayam
1 sudu teh garam
Cara penyediaan
1. Tumbuk cili padi dengan kunyit hidup. Tumbuk kasar² je. Kalau malas blend ye.
2. Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali garam.
3. Guna api kecil dan sentiasa kacau ye.
4. Dah mendidih, ayam dah masak masukkan garam.
5. Rasa, kalau dah ok, tutup api.
Makan dengan nasi panas² memang sedap. Masa saya makan tak de lauk lain pun. Bertambah nasi 2 kali. Sekali hadap je ayam 3 ketul tu. Boleh la cuba versi resepi saya ni. Versi ni masa saya tengok memang tak de tumis bawang. Resepi asal letak ubi, cendawan tapi tak de stok. Guna je mana yang ada.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Thanks :)