Assalamualaikum..
Rabu lepas, masa kursus, husband call inform yang dia kemalangan. Allahuakbar, berhenti jantung seketika. Tengah jawab exam masa tj. Saha tenang hatk dan tanya keadaannya. Katanya ok, kaki saja sakit dan motosikal teruk. Saya kata akan call semula nanti. Saya habiskan exam dan call husband semula. Kemalangan di simpang selepas dia ke bank. Uncle chinese nak masuk simpang teragak-agak. Kawasan yang tak sesak dan husband tak laju.
Saya tanya tentang kaki, katanya sakit. Doktor minta xray. Lepas xray dia inform saya kaki patah. Terus saya jumpa urusetia minta kebenaran untuk balik. Selesaikan semua prosedur dan 3.30 petang baru saya gerak ke husband. Dia dalam perjalanan ke Hospital. Hospital yang xray tak de servis pasang simen. Doktor refer ke hospital lain untuk prosedur simen. Semasa saya sampai di kecemasan hospital, suami baru sampai. Daftar dan doktor tengok xray. Saya nampak patah di xray tu. Tapi prosedur hospital kena xray lagi di hospital yang nak simen.
Saya tolak husband ke Xray guna wheel chair. Kaki dia bengkak dan guna crutches yang di ambil di USM. Lepas xray, doktor review dan perlu pasang cast (simen). Di sebabkan kaki bengkak, cast diletakkan bahagian bawah sahaja. Lepas 2 minggu perlu datang semula untuk xray. Dari xray kami tanya doktor. Tulang di tapak kaki retak di beberapa bahagian. Di sebabkan bengkak, cast tak boleh pasang full, kalau pasang full akan halang peredaran darah. Lepas 2 minggu, bengkak dah kurang baru pasang full. Husband diberi temujanji selepas 2 minggu dan cuti sakit.
Selesai semua, kami ke IPD Kerian untuk buat report polis. Uncle dah buat report dulu dan beberapa kali polis call husband untuk update. Jauh juga la balai polis. Selesai repot polis, singgah rumah FIL. Lepas solat Maghrib, kami balik. Tepat 9 malam sampai rumah mak. Settle kan EBM Auni dan gerak balik rumah. Saya kena kerja esok. Ikut² nak EL tapi banyak urusan kena selesai. Husband dibekalkan ubat bengkak dan pain killer. Malam tu dia sakit, sengal.
Keesokan harinya kami ke pejabat peguam untuk urusan dokumen. Suami nak ambil lawyer untuk fight kes. Di sebabkan kami pernah guna khidmat lawyer yang sama masa kes kami 2011, kami yakin untuk guna khidmat dia sekali lagi. Sekarang suami berehat panjang di rumah. Katanha sakit penghapus dosa.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)