Monday, March 6, 2017

Februari 2017 - hadiah giveaway/contest, free sample, freebie, goodie

Assalamualaikum..
Alhamdulillah atas kemenangan dan barang² yang diterima bulan lepas. Moga rezeki ini diperluaskan dan berkekalan.

1. Jam dinding Ikea


Pemberian dari pesakit di hari pertama Februari. Walaupun murah je hadiah nya tapi sebab hadiah, rasa bernilai sangat.


2.  FB Wallpaper tak perlu sapu gam Contest


Contest anjuran FB. Mudah je caranya, like dan share post dari FB berkenaan. Share la banyak². Setiap Isnin akan ada pemenang baru.



3. CNY Ang Pow


Patient bagi 😊

4. #HardRockNewMemo


Setiap minggu ada quiz ni di FB Hard Rock Penang. Beri jawapan yang betul dan kalau bertuah akan terpilih.



5. Eagle Brand


100 yang pertama like dan komen di post giveaway dapat.



6. 7 eleven FB contest


Tiap2 minggu join, minggu ke6 ada luck. Email diterima, mention kena pick up sendiri hadiah. Boleh jugak pick up di outlet yang diberikan tapi kena reply email semula inform cawangan yang nak  collect.



7. Sampel Drypantz


 Request di website Drypers. Ambil untuk Auni.

8. #Mobil1 contest


Contest di FB Mobil. Lupa dah syarat² camna tapi husband yang menang. Hadiah ring phone.



9. Contest Ebeli

Pergi kat FB ebeli dan klik link website. Register jadi ahli, buka rmail, verified dan tunggu menang ke tak. Kali ke 3 join baru sangkut nama saya. Yang penting SABAR.


10. Dashing Predict & win


Join di FB Dashing. Teka je berapa score match akan datang. Nasib baik menang la. Last saya menang 2015. 2017 punya game baru betul dan cepat teka.



11. Botanic Malaysia

Contest di FB Botanics Malaysia. Lama dah contest, tapi tak announce pun winner. Beberapa orang tanya baru update nama pemenang. Alhamdulillah 2 account menang di situ.


12. Pizza Hut sweetheart contest


Contest ni dijalankan di FB dan Ig. Dua² saya join. Saya menang di Ig.

13. B Infinite 3 revolusi Guess & win contest

Inilah padahnya kalau join contest tallk baca TnC. Lepas inform menang,tak dapat collect hadiah, hadiah pass kat orang lain.

14. Libresse free sample


Request di website.

15. Sampel shampoo Clear Men


Request di website.

16. Sampel Sofy


Request di website.

17. Acson Malaysia


FB Acson Malaysia buat Giveaway tiap² minggu. Join je selalu, menang nye belum. Kali ini ada tuah menang.


Itu sahaja yang saya menang dan terima sepanjang Februari 2017. Harap² bulan² seterusnya lebih baik.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...