Wednesday, March 1, 2017

Anas turns 4


1/3/2013 - 1/3/2017
Hari ni Anas Syauqi berusia 4 tahun.
Dilahirkan secara pembedahan, atas faktor kesihatan saya. Lahir dengan 2.6kg dan sihat. Sebelum discaj detect ada bunyi dari hidung di hujung tangisan. Refer ENT dan bunyi hilang bulan berganti bulan. Sejak lahir, Anas bermasalah untuk ttidur malam. Tidur nyenyak waktu malam bermula jam 3 pagi ke atas hingga 11 pagi. Dan masalah tu berpanjangan hingga sekarang.
Dia manja, cerdik dan genius. Cepat menghafal. Sangat minat dengan Avengers. Hari² request mainan. Mujur ada Kedai Eco 😆
Anas belum sekolah / taska. Dia hanya belajar di you tube dan ajaran kami sekeliling. Beberapa words english dia boleh guna dengan tepat hasil dari menonton Ryan Toy's Review.
Masih breastfeefing 😣 failed few time nak wean off. Masih on diapers. Failed juga. Dah banyak kali ajar. Lebih teruk fail bila suami tak bantu. Anas boleh inform bila nak membuang cuma bila ke tandas tak keluar.
Walau penuh dugaan dan cabaran sepanjang 4 tahun membesarkan Anas. Anas anak sulung, banyak sangat yang kami suami isteri belajar sepanjang membesarkannya. Dia tetap ada tempat istimewa di hati kami. Dia lah penawar duka, penghibur hati dan pengerat hubungan kami suami isteri.
Mama sayang Anas Syauqi 😊

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...