Kebanyakan bunyi ‘pop’ boleh dikategori sebagai crepitus atau bunyi-bunyian di sendi. Ia adalah disebabkan cavitation. Cavitation berlaku disebabkan perubahan tekanan yang membenarkan karbon dioksida menyerap ke dalam bendalir atau sinovia di sendi yang mana akan keluar dalam bentuk buih gas. Apabila sendi ditutup dengan cepat, ia menghasilkan bunyi pop atau bunyi keretakan. Ia boleh berlaku di sendi-sendi lain seperti yang biasa kita buat, di jari.Jika pergerakan yang menghasilkan bunyi itu menyakitkan, ia masuk kategori yang lain. Ia mungkin disebabkan permukaan bawah patella atau penutup lutut berlaga dengan hujung tulang femur di peha. Keadaan ini boleh menyebabkan rawan atau cartilage lembut dan koyak. Kehilangan rawan ini boleh menyebabkan sakit di bahagian lutut terutama apabila melibatkan pergerakan mendaki tangga, duduk, bengkokkan lutut untuk jangka masa panjang dan kondisi-kondisi lain.Apabila masuk kes begini, anda perlukan terapi fizikal dan dalam kes kritikal mungkin perlukan pembedahan. Terdapat juga kes-kes lain yang mengakibatkan bunyi ‘pop’ dan seterusnya menyebabkan bengkak, kebas dan sebagainya. Keadaan ini boleh dikategorikan sebagai kecederaan sukan. Dapatkan bantuan perubatan untuk pengesahan.
Sumber dari zakikhan.net
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tak tahu nak letak tajuk entry apa tapi itu lah yang terjadi pada saya. Ahad petang, dalam kereta, nak ke tandas. Dari kedudukan duduk nak berdiri tetiba pinggang saya meletup. Meletup macam kita patahkan jari jemari bunyi 'pop'. Itu lah yang jadi pada pinggang kana saya. Sakit. Berjalan sakit. Dan bertambah sakit bila tukar posisi. Dari berdiri nak duduk, dari duduk nak bangun, nak baring, ke kiri kanan. Dari skala 5, sakit tu pada skala 4.
Malam tu nak tidur memang menanggung sakit. Tambah lak Anas dan Auni di kiri dan kanan. Bertukar-tukar breastfeeding. Masih gagahkan diri tak makan pain killer. Cuma tampal plaster berubat dan hubby massage sikit². Esoknya, Isnin, cakap kat husband nak jumpa doktor. Kalau tak ok, nak massage. Masa bekerja, duduk statik ok, tak sakit tapi bila nak bangun sakit. Then, bila berjalan kurang sakit.
Petang Isnin tu jumpa doktor. Doktor tanya samaada rasa kebas, perubahan buang air. Dua² tiada masalah. Dia cakap ok, tak perlu risau. Boleh je nak massage. Tapi saya risau gak. Banyak la kes yang jumpa slip disc, PID. Malam tu masih guna plaster berubat.
Selasa, bangun tidur dah tak sakit. Petang balik rumah, makan sayur mungai. Tau sayur ni angin tapi tak terfikir lak pasal pinggang yang sakit. Selalu makan ok je. Tengah malam tu sakit dan berlarutan sampai siang esok. Kembali guna plaster.
Khamis sakit on off tapi tak teruk sangat. Jumaat pagi sakit bertambah teruk hingga ganggu kerja nak buat. Pergerakan jadi slow. Contact tukang urut nak mengurut secepat mungkin tapi paling cepat dapat urut sabtu malam. Petang tu saya jatuh dan pinggang jadi lebih sakit. Nak drive perlu ampu dengan bantal bahagian belakang. Nak dukung Auni pun tak mampu. Malam tu husband urut dan kurang sikit sakit hari sabtu.
Husband contact tukang urut IPPT. Dia arrange untuk staf datang urut di rumah pagi Ahad. Staf tersebut ada sijil urutan tradisional. Dia pernah dapatkan khidmat mereka. Pagi Ahad tu, lebih kurang 90 minit saya diurut oleh staf tersebut. Pagi tu masa bangun sakit dah kurang. Saya juga di ajar senaman yang perlu dilakukan sebelum bangun. Katanya, sakit tu terjadi sebab body mekanik silap. Boleh la amalkan body mekanik yang betul dan senaman sebelum bangun. 2 hari lepas urut sakit kurang tapi masih ada.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)