Sunday, April 9, 2017

Majlis kesyukuran dan sambutan hari lahir Anas dan Auni.


Tarikh : 26/3/2017 (Ahad)
Masa : 11 pagi hingga 8 malam
Lokasi : Sungai Dua



Khemah pasang hari Jumaat, 2 hari sebelum majlis. Pasang awal sebab weekend banyak kenduri. Pihak khemah tak sempat nak datang pasang Sabtu. Ahad, 9 pagi, pihak katering datang hantar barang-barang. Jiran² datang bantu pasang meja. Dalam rumah kami sudahkan persiapan laksa beras. Laksa beras mula buat dari 11 malam semalam dengan resepi ibu mertua. Pagi ni potong² bahan pelengkap laksa je la. Majlis di mulakan dengan bacaan Yassin dan doa dari Jemaah Surau Al-Raudhah jam 11 pagi. Serentak dengan kehadiran makanan dari pihak Norifah catering. Menu nasi putih, gulai ikan kerinh, ayam goreng berempah, keli goreng, sambal belacan, ulam-ulang (jantung pisang, terung rebus, kaduk rebus dan ulam pegaga). Air ada sirap soda dan teh tarik. Menu-menu lain, tapai, tembikai, kari ikan, brownies, cream puff.

Lepas selesai bacaan Yassin dan doa selamat, jamuan makan mula. Saya pun turun bawa anak-anak jumpa tetamu. Masa ni pihak Enadiqa datang setting table untuk candy buffet. Mula plan nak buat di luar tapi tempat yang nak pasang tu pihak catering letak periuk dan lauk untuk top up. Tukar lokasi jadi dalam rumah. Belon minta sepupu tiup. Masa tengah siapkan CB, photographer shoot gambar tetamu dan kami suami isteri layan tetamu. Masa ni juga hujan turun. Bahagian side dish diubah sikit takut tempias dan nasib la ada khemah husband boleh pasang.



Siap CB terus panggil husband untuk potong kek. Kanak-kanak semua dah tak sabar nak terkam meja. Maklumlah banyak candy di situ. Yang mak-mak pun tak sabar. CB ada polkadot, cupcakes, mashmallow, finger chocolates, choki-choki (Enadiqa lupa nak letak), lolipop. Nyanyi lagu Happy Birthday, snap gambar dan edar la makanan kat CB. Lepas dari tu kami jumpa tetamu, tangkap gambar dengan keluarga tetamu sampai la majlis tamat. Photographer ada hingga 3.30petang je. Katering lak sampai 4 petang. Masa ni tetamu pun dah kurang.


Lebihan lauk kami salin bekas dengan katering dan bungkuskan pada jiran dan saudara. Saudara pun ada yang dah nak balik masa ni. Semua tetamu bersurai 8.30 malam. Kami pun kemas-kemas lebih kurang je sebab dah letih. Pagi keesokan harinya baru betul-betul kemas rumah dan bercuti di hotel. Sesi reward untuk diri sendiri.



Saya berterima kasih pada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung semasa persiapan majlis ini dari sebelum semasa dan selepas majlis. Dari saudara mara, rakan-rakan, jiran-jiran dan semua lah. Ada juga kawan yang bagi desert, kek dan macam-macam lagi. Alhamdulillah murah rezeki Anas Auni. Ramai yang bagi kek, duit dan hadiah. Allah saja yang balas jasa anada semua. Juga pihak katering, menu sedap, siap lebih lagi lauk. Lauk banyak lebih, banyak sangat. Mungkin next time order untuk 200pax je.

Bihun tak jadi goreng sebab nasi lauk banyak lagi. Ulam ada yang langsung tak terusik, ada yang licin. Rata-rata puji menu sedap. Mungkin next time side dish tak perlu, kalau nak ada juga untuk 50 pax je, biar la order dari letih-letih masak sendiri. Kena pilih side dish yang sesuai. Laksa tak sesuai sebab Garnishing kena rajin top up dan potong, kena ada yang assign utk cek ada lagi ke dah nak habis.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...