Alhamdulillah berjaya selesaikan puasa di hari pertama. Sahur terjaga lambat. Baki 10 minit sebelum imsak, laju² kami laki bini makan. Nasib la lauk, nasi dah ready masa malam. Pagi tinggal nak panaskan je.
Siangnya cuaca panas sangat. Rasa kering sangat tekak. Auni pula menyusu kerap. Nasib la cuti, boleh baring dan lelapkan mata. Letih² tu kerja rumah kena buat juga. Siap basuh dan sidai 2 round baju. Tinggal nak lipat dan iron uniform je.
Berbuka dengam bihun sup celup Thai style. Order dari jiran belakang rumah. Niat kali ni Ramadhan nak berjimat. Untuk hari pertama lulus. Malam suami pergi Tarawikh di surau dan saya Tarawikh di rumah saja berteman dua askar kecik.
Hari ni 27/5/2017 - Auni Suraya dah 14 bulan. Gigi ke7 dah nampak tadi. Makin banyak ragam. Suka merajuk. Bila merajuk meniarap dan mengundur. Lagi tak angkat lagi tu la menangis. Setiap hari ada je perangai yang baru.
Itu sahaja kisah 1 Ramadhan kami.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)