Sunday, May 28, 2017

2 Ramadhan 28/5/2017

2 Ramadhan di mulakan dengan sahur lauk baki semalam. Ayam masak kicap. Husband nak makan nasi drngan ikan bilis je. Air nak air masak je. Hari ni bangun sebelum 5 pagi. Masa bangun, Anas sekali bangun, nak bf. Saya turun panaskan lauk dan hidang dulu baru naik atas bf kan Anas.

Lepas bf kan Anas, turun makan. Pagi ni makan lebih santai. Banyak lagi masa sebelum Imsak. Dapat makan dan minum puas-puas. Jus kurma pun sempat ambil. Moga hari ni lebih mudah berpuasa. Tengah hari tanya husband menu berbuka. Dia nak sardin je. Kena masuk dapur la nampaknya.


5 petang masuk dapur. Sambil melayan Anas colour, sambil masak sardin. Guna sardin tin je tapi husband nak yang masak dan ditumis. Sempat la siap masak sebelum Auni bangun. Husband turun dia nak air asam dan goreng ikan masin. 6 petang goreng cucur udang untuk Anas. Tak sempat siap cucur, Anas dah tidur.



Alhamdulillah, dApat selesaikan puasa pada hari kedua Ramadhan ini. Hari ni kurang sikit rasa dahaga tapi lapar tu awal pulak rasa tapi tak la extreme sangat. Boleh tahan lagi. Cuma mata mengantuk memang teruk sungguh. Esok dah kerja. Harap tak terlajak tidur dan segar bugar juga bertenaga pada siang hari.

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...