Saturday, June 3, 2017

8 Ramadan, 3 Jun 2017

5.15pagi baru bangun sahur. Itu pun husband kejutkan. Saya tertidur masa alarm 4.45 pagi. Kelam kabut turun bawah siapkan hidangan. Husband tak nak makan, dia nak minum air panas je. Sambil panaskan lauk, nasi, jerang air. Alhamdulillah sempat makan minum sebelum azan. Lepas solat, basuh baju, kemas dapur, cuci pinggan. Anas awal lagi dah bangun. Auni masih tidur, saya pun sambung tidur lepas siap kerja rumah.


11 pagi bangun, mandi, lipat baju. Nak keluar cari baju untuk Anas Auni 5 petang. Lepas Asar gerak dari rumah. Cuaca panas sangat hari ni. Anas dah baik demam, masih selsema. Beli baju Anas Auni dalam Jusco je. Sampai je cari port nak buka puasa dulu. Booking table di Vivo, order makanan, bayar dan jalan naik mall. Masuk dalam Jusco, dekat entrance ada display baju Poney. Ukur kat badan Auni dan siap. Baju dan seluar RM49. Untuk Anas ambil brand 2 pasang RM69.90 dan RM49.90. Auni ambil juga brand yang sama RM49.90. Baju 2 beradik je dah RM218++. Nadib ada baucar Jusco menang contest. Guna bagi habis semua.


Selesai bayar, turun ke Vivo. Husband order chicken Pirmigiana, saya Spagheti meatball bolognese. Air epal dan orange. Pendapat saya pasta rasa biasa, hanya meatbal dan sos. Tak de ayam ke daging langsung dalam tu. Menu husband, dia cakap sedap. Air dihidang tanpa tapis. Rasa serdak buah sangat banyak. Silap² boleh tersedak minum. Ini pertama kali ke sini. Mungkin tiada ulangan bagi saya. Selesai makan, solat dan masuk Jusco semula. Dah janji nak beli mainan untuk Anas. Husband belikan pistol.

Balik rumah dan selesaikan kerja rumah. Masak nasi untuk sahur. Lauk untuk sahur dah singgah beli masa nak pulang ke rumah.

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...