Alhamdulillah dah seminggu berpuasa, masih bertahan walau bekerja, menyusu dan timing pump masih maintain. Output je naik turun. Tapi purata dapa 8-13oz. Masih sama seperti bukan bulan Ramadhan.
Hari ni Jumaat, pagi tadi sahur dengan lauk baki berbuka semalam. Saya minum milo panas pagi ni. Rasa lama dah tak minum milo panas. Rutin seperti biasa. Waktu kerja, dahaga. Tekak kering. Masih dapat bertahan. Hari ni berbuka di rumah mak.
Balik kerja singgah pasar ramadhan dengan husband beli juadah berbuka. Beli lebih sikit sebab dah plan nak berbuka rumah family saya. Beli murtabak, nasi daging dan sambal tumis petai. Sampai rumah, husband ajak pergi Mcd beli Happy Meal untuk Anas. Belikan sekali untuk adik2 saya. Anas nak demam.
Auni tidur masa berbuka, rileks sikit nak makan. Lepas solat, Anas ajak teman dia main mercun bawang di luar. Azan Isyak, kami gerak balik rumah. Anas dah tidur dalam perjalanan balik. Singgah kedai runcit beli kuah rojak. Sampai rumah, tidurkan Auni.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)