Monday, July 3, 2017

Jun 2017 - Free sample, contest, giveaway dan freebies

Bulan Jun, bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Harapan moga sentiasa dimurahlan rezeki.

1. Acson live FB
Contest di FB Acson. Tonton Live FB Acson dan komen Instagram ID anda. Nama husband ada luck.


2. Sustagen Supermoms



Daftar jadi ahli Supermom dan join journey. Ada jawab survey, like, share dan tag di FB. Saya terpilih anta 50 orang untuk terima hadiah mereka.



3. Instagram Lebaskethg



Giveaway di Instagram. Follow akaun mereka, like dan repost post. Tag kawan² di bahagian komen. Saya tak perasan pun menang. Terima DM dari admin baru tau menang.



4. Men's Biore 360° kira dan menang


Kira produk Men's Biore dalam gambar 360° dan komen jawapan pada gambar tu. Nama husband bertuah.



5. Gempak Starz - Teka dan menang


Join di Line. Tak sangka menang. Selalu susah sungguh nak tembus jadi pemenang.


6. Megacineplex Prai - King Arthur


Bulan lepas saya, bulan ni husband menang.

7. #TLMEVENT - Like, Share and Win


Sempena Baby & Kidz Fair di Gurney Paragon. Like dan share status beserta #TLMEVENT. Hadiah perlu di ambil sendiri semasa event. Hari ahad petang announce nama saya dan husband menang dan kena collect hadiah 9 malam. Hadiahnya buggy stroller. Rezeki Anas dan Auni dapat sorang satu. Senang nak travel pas ni. Lebih ringan dan tak ambil banyak space dalam kereta.

8. Heinz Malaysia


Giveaway di Facebook Heinz. Jawab soalan yang diberikan berdasarkan video yang di berikan dan letak #.



9. Mah Sing Group

Saya dapat hadiah saguhati. Beri ucapan kreatif untuk ulangtahun Mah Sing yang ke 23. Saya menang saguhati, kad starbucks RM30. Kena colect sendiri kad ikut outlet yang kita pilih.



10. Sampel Kotex


Request di website. Link untuk sampel ada di Facebook

11. Sampel Whiskas


Request di website Whiskas

12. Shout Out Your Saham


Klik link di FB dan jawab soalan² yang di berikan berdasarkan personaliti diri.

13. Sampel Dishwashing detergent


Dapat sampel pencuci pinggan mangkuk dari Mom's Handy club. Bila dan camna request pun tak ingat dah.

14. Sampel tepung kek


Sampel tepung buat kek dari Dr Oatker's. Saya dapat 3 sampel. Isi form dengan maklumat peribadi di FB Dr Oatker's Nona.

15. Sampul duit Ferruni


Request di link FB Ferruni.

16. Sampel eye mask


Request di Fb.

17. McD feedback


Beri feedback berkenaan perkhidmatan McD dan di akhir survet dapat frozen coke. Sebab tiada mesin, mcd yang saya pergi ganti dengan sundae.

18. #RayaWithBeko


Setiap minggu akan ada post hint untuk jawapan #RayaWithBeko. Kumpul semua hint dan teka apa perkataan dari hint yang diberikan. Saya menang saguhati.



19. Cheqqme install & win contest


Install apps Cheqqme dan verified akaun. Saya menang 2 tiket wayang TGV. Tiket diberi melalui email. Saya pas ke cousin saya. Tempoh sah seminggu je. Tak sempat nak pergi tengok.

20. Alaisyah share & menang



Follow FB Alaisyah. Isi butir peribadi dan pemenang bertuah terima sampul duit raya mereka.


21. Peraduan Ketupat Ramadan MUV

Kira bilangan kereta dalam visual yang diberi.


22. #SyoknyaMahsuri

Beri jawapan produk apa yang digunakan dalam video. Nama husband menang. Hadiah wang tunai RM25. Kalau sertakan resit hadiah jadi RM100. Kami tak de resit dan dapat RM25 je.

Bulan Jun saya terima 22 barang percuma dari sampel yang diminta, menang giveaway dan contest. Walaupun hadiah tak begitu besar nilainya dari segi wang ringgit, saya bersyukur atas rezeki yang di peroleh.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...