Monday, August 7, 2017

Jalan-jaLan Makan Angin - Penang Times Square


Assalamualaikum,
Last week pergi PTS. Pergi dengan tujuan nak collect hadiah contest. Tak jalan jauh pun. Masa pergi Anas Auni tengah tidur. Elok sampai, diorang pun bangun. Dekat entrance parking ada 2 robot transformers, Optimus Prime ngan BumbleBee. Anas nampak, dengan excitednya nak pergi bergambar. Parking ada sedia RM2 untuk 2 jam pertama.


Layan Anas bergambar dengan robot, then masuk dalam PTS, cari kedai nak ambil barang. Masuk je pintu Anas nampak train, buaian. Terus nak pergi main. Layan la kejap dia main situ. Kebetulan kedai yang nak ambil barang bersebelahan dengan kawasan Anas main. Proses ambil hadiah pun kejap je. Lepas ambil hadiah, bagi anas sambung main.


Tempat yang Anas nak main tu sebenarnya cafe. Cantik design nya. Setting table dan meja bentuk keretapi. Tepi meja ada buaian dan pondok. Guna pine wood semua perkakasan cafe tu. Cantik dan kemas. Husband order air Hazelnut. Harga Rm10. Cantik je cawan air letak dalam beg kertas bergantung, colourful. Husband cakap, padan la dengan harga yang di bayar.


Kejap je kami di situ, then gerak balik nak pergi Road Fest di Butterworth. Jumpa Aqasha kat situ. Tak bergambar pun. Jeling-jeling je.

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...