Monday, August 14, 2017

Jalan-jalan Makan Angin - Kuala Terengganu - Day 1

Assalamualaikum..
Tahun ni kami plan nak bercuti ke Pantai Timur. Rancang percutian seawal 3 bulan. Apply cuti, then cuti approved blogwalking cari info.

5/7/17 - Sabtu

Minyak - RM62.10
Tol - RM3.20
Makan - RM 10.80 + RM7 + RM 2 + RM 33.80 + RM 21.30
Hotel - RM129

Plan asal nak bertolak 5 pagi tapi sebab malam sebelumnya semua tidur lambat. Pagi tu lak Anas bangun dan crancky, maks 8.30 pagi baru bertolak. Singgah sarapan dulu. Menu roti telur dan nescafe ais. 9.00 pagi sambung drive. Ikut highway BKE, lalu 2 tol (RM1.60 setiap satu). Isi minyak di Petronas Sg Seluang (30 liter, RM62.10). Sekali mandikan Anas dan Auni kat sini. 9.50 pagi teruskan perjalanan. Stop stesyen minyak sebab saya penung dan nak muntah. Anas dan Auni dua2 cranky dalam kereta. 11.30 pagi baru dua² lena. Singgah kedai area tasik banding beli asam. Mahal harha barang kat sini. Saya banyak tidur sepanjang perjalanan. Pening. Di Tanah Merah stop peegi tandas, beli keropok lekor. Makan dalam perjalanan. Sedap keropok. Habis Rm2 kat saya sorang je.


Sampai Terengganu 2.45 petang. Snap photo depan pintu masuk sebelum teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Plan nak bermalam di KT malam ni. Kami ikut jalan pantai. Lalu Pantai Penarik terus stop kat kedai first. Anas tak sabar nak tengok pantai, nak main pasir. Dalam kereta asyik tanya bila nak sampai pantai.


Cantik pemandangan kat sini. Ada buaian lagi. Kami order sotong, telur sotong dan pisang celup tepung. Air lak coconut shake. Harga RM 33.80. Teruskan memandu ke KT. Rupanya banyak kedai kat situ jual makanan yang sama dan ada buaian.


Husband suggest stay kat Hotel Seri Malaysia. Pergi tanya harga dan banding dengan Traveloka. Elok nak confirm ambil bilik, terus sold out bilik. Gerak ke pilihan ke dua, J Suites Hotel. Dengan harga RM 129 semalam, bilik just nice. Queen size bed, toilleteries, kettle, towel, hair drier, wifi, LCD televisyen. Kena bayar deposit RM100. Saya berpuas hati dengan servis hotel ni.


Mandi, solat dan rehat sebentar. 8.30 malam kami keluar makan. Ingat nak makan kat waterfront tapi ramai lak orang. Kedai pun tak banyak buka. Kami decide nak makan kat restoran sebelah hotel je. Order fries, nasi goreng belacan, ayam goreng seketul, teh o ais, teh o ais limau, radix. Total harga RM 21.30.


1 pendapat:

Nisa said...

Bestnya. Selalu juga singgah ke KT, but never thought of stopping at any pantais and never heard about the buaian before. I will make sure everytime nak ke sana akan singgah, even for a bit pon. Looks pretty, though.

http://panphila.blogspot.my

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...