Wednesday, September 20, 2017

Jalan - jalan Makan Angin - Pantai Senok, Kelantan


Assalamualaikum dan salam sejhatera
Sambung bercerita pengalaman bercuti. Post ni tak de bajet perjalanan sebab dah lupa. Lebih sebulan balik baru taip entri ni. Mana yang ingat je taip ni.

10/8/2017


Pagi ni breakfast di Tok Aman Bali Resort. Stay di sini pakej sekali dengan breakfast. Anas dan Auni masih tidur masa turun pergi kafe. Kafe yang sama macam makan semalam. Menu macam biasa la breakfast. Ada cereal, buah, ommelete, baked beans, roti, sosej, air jus dan kopi. Nak masuk bilik ada surat khabar tergantung di pintu.



11 pagi check out. Plan pagi ni nak pergi Pantai Senok. Tempat yang saya nak pergi sangat-sangat. Viral katanya snap photo cantik kat situ. Sebelum tu singgah makan cendol di Profesional Cendol. Husband je makan cendol dan colek buah. Saya tak makan pun. Kami singgah beli keropok lekor dan losong kat kedai tepi jalan. Losong adik pesan. Nak balik kat Terengganu tak tahan lak nak simpan. TBeli jga keropok rebus habuan makan dalam kereta. Saya sorang je amkan.


Sampai Pantai Senok  dekat 1 Tengah hari juga. Jauh juga perjalanan. Nak masuk situ kena lalu kampung. Sampai situ tak ramai orang pun. Boleh la bergambar suka hati. kejap je kat sini. Banyak sampah, lalat banyak dan berbau. Ada gerai jualan. Saya beli air dan cucuk-cucuk bekal nak makan dalam kereta.


Dah habis bergambar, gerak balik Butterworth. Singgah beli Kopi Vietnam di gerai tepi jalan. Tak pernah rasa tapi mak saya balik dari sana kata sedap. Ok je. kuat betul kopinya. Pening saya minum. Singgah beli patung Didi di gerai tepi jalan area Pasir Mas kot. Saya nak singgah Rantau Panjang tapi husband tak nak. Takut sampai Penang dah malam. Beli patung Didi untuk anka buah dan Auni. Kat Anas beli penyu yang dia mau dari Perhentian lagi. Dapat la harga murah lepas tawar menawar. Tak pergi banyak kedai pun. Tak larat nak survey dah. Ambil sekali losong kat situ. Harga RM5.Singgah isi minyak di Jeli. Sepanjang balik jumpa dua kemalangan. Maisng-masing kereta terbalik di lokasi yang berlainan. Nak berhenti tolong tak de tempat lak nak park kereta.


Husband cadang nak singgah Kampung Kerunai di Gerik nak makan kat dalam ir. Lokasi yang viral di FB. Masa sampai dah dekat 6 petang. Kedai tak buka pun ke dah tutup tak pasti. Patah balik makan di gerai Laksa sarang burung. Laksa sedap tapi bila maakn ngan telur yang buat macam sarang tu rasa pelik lak. Dah kenyang bertolak pulang. Sampai terus ke rumah mak nak bagi barang-barang yang dibeli untuk mereka. Sampai dalam 9 malam. Lepas tu terus balik rumah dan rehat.

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...