Monday, September 11, 2017

Ogos 2017 - hadiah contest, giveaway, freebies, goodies dan free sample

Assalamualaikum dan salam sejahtera


1. Spot the differences - Chewies Malaysia


Contest di FB, cari perbezaan antara 2 gambar. Nama husband sangkut.


Hadiah fidge magnet. 3 ketul dah benda ni ada kat rumah. Semua dapat dari contest.

2. Zeepin

Contest di FB Zeepin. Nama husband bertuah.


Hadiahnya finger spinner.

3. Bola Kampung - Jom Like Kami Menang


Bagi jawapan teka teki dan sekali lagi nama husband yang bertuah. Kali kedua menang. 2 tahun lepas nama saya pernah menang. Hadiah dapat dulu dan sekarang tak sama. Tapi masih peralatan sekolah.



4. See you at the Top - #CatchTheTopDino


Giveaway di FB, ada Gif dan tangkap Dino masuk sangkar. Kena claim tiket di Komtar pada 2 tarikh tapi tarikh tersebut kami di Terengganu. Tak dapat nak tengok Dinosaur. Tak de rezeki.

5. TLM Food - Like, Share and win

Contest di FB sempena event di Spice. Saya dan suami menang. Menang goodie bag yang berisi makanan.



6. DeBranded - Like, Share and comment


Like Fanpage, post dan komen kenapa nak menang.




7. Giveaway #ItsyBitsy


Giveaway di FB dan Ig. Dua² saya join. Rezeki berpihak di Instagram. Hadiahnya silicone breast pump


8. TLM Baby Expo - Like, share & win


Like dan share entri contest di FB. Hadiahnya goodie bag. Saya dan suami menang saguhati.
Kuaci sedap.


9. Redeem point woop


Point di woop banyak lagi. Cek hari tu ada barang leh redeem.

10. Steam Eye mask


Sampel ni tak tau la camna saya leh dapat sangat banyak di alamat yang sama. Lebih dari 5 saya dapat. Semua hadiah kan pada kawan²

11. Sampel diaper Huggies


Request di website Huggies untuk Auni.

12. Home Tester Club - Anlene


Terima email ada dampel produk baru, jawab survey dan terpilih untuk test. Dah dapat, cuba dan jawab soalan.

13. Keluarga goodie bag


Like FB Keluarga dan dapat goodie bag yang mengandungi bookmark dan flyer

14. A to Z bookstore - Trivia 1


Contest anjuran FB A to Z Bookstore. Soalan di FB tapi jawab melalui whatsapp ke admin. 10 yang terpantas jawab, menang. Hadiahnya novel dan bahan bacaan inggeris.

15. Cheqqme


Application install di phone. Kena click dan join trivia / kuiz. Tak sangka pun menang sebab saya pun tak berapa nak paham konsep permainan dalam apps tu. Huhu



16. Ovaltine Mini Quiz



Kuiz di FB Ovaltine. Tiap minggu ada kuiz, tiap minggu join dan akhirnya saya diPM sebagai pemenang.


Hadiahnya biskut Ovaltine. Sedap. Pertama kali makan dan rasanya sangat sedap. Next time pergi beli grocceries nak beli.

17. Signature Market


Contest di FB dan Ig. Hari² ada. Rezeki di Ig. Hadiah misteri hanya dapat bila buat pembelian online di website mereka.

18. TGV Pictures - Bad Genius


Giveaway di FB TGV. Setiap kali ada movie baru, akan ada contest dan hadiahnya merchandize movie tersebut.


19.  Nescafe - Penebusan


Hantar bukti pembelian bagi cukup 11 mata. Setiap produk nescafe, bilanhan mata berlainan.



20. London Choco Roll


Giveaway di FB london Choco Roll. Stop GIF ikut arahan diberi dan 25 yang bertuah menang.



21. Crispy cereal watch & win


Contest di FB. Tonton video dan jawab soalan.



22. Abbot Mommy Scoop


Kongsi pengalaman semasa berkongsi berita kehamilan pada suami. Hadiahnya puzzle mat berharga rm150


23. Sampel Friskies



Saya pun tak ingat bila dan dimana saya request. Tetiba dapat call untuk penghantaran je.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...