Thursday, October 26, 2017

Tonton wayang berdua : Thor Ragnarok


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lama dah rasanya kami berdua tak luangkan masa bersama menonton filem. Last wayang yang ditonton Polis Evo, 2015 kot. Banyak kali dah menang tiket wayang, banyak sedekah kat kawan² dan sedara. Kali ni ada baki cuti, ajak suami ke panggung wayang. Mesti la guna tiket menang contest.

Sehari sebelum inform mak dulu. Mak dah bagi green light baru proceed. Scroll FB tengok movie apa dan cinema berdekatan. Di sebabkan baucar tiket percuma, tak leh nak tahu wayang mana yang boleh tonton. Kena pergi kaunter tanya.

Pagi-pagi bangun mandikan Auni. Anas masih tidur. Masa dalam kereta baru bangun. Inform nak pergi kerja. Sampai rumah mak, sarapan dulu. Mak dah siap goreng nasi. Suap Anas Auni makan dan gerak keluar. Sampai Mall berpusing gak cari Cinemas. Tak pernah menonton di sini. Dah jumpa pergi kaunter tunjuk baucar. Katanya semua movie boleh tengok tapi kena extra charge untuk blockbuster movie.


Lepas masuk kod, tak perlu bayar. Kami pilih Thor Ragnarok. Itu je movie paling dekat waktu tayangan. Siap dapat couple seat. Kami ada masa 30 minit sebelum tayangan bermula. Movie 1.15petang. 1.00 ke kaunter beli popcorn. Husband ambilkan yang set Tumbler Thor. Harga RM29. Regular dan large harga sama. Baik amik large. Masuk panggung layan movie. Tak ramai pun orang.

Saya bukan pengikut kisah ni. Saya kenal watak² sebab Anas minat. Familiar la jugak cuma kisah asal usul setiap watak saya tak tahu. Walaupun begitu, saya masih faham jalan ceritanya. Kami berdua tonton sampai habis tanpa tidur. Saya bagi 4 bintang untuk jalan ceritanya, kesan efek dan lakonan.

Review Thor Ragnarok

Thor kembali ke Asgar dan mendapati adiknya, Loki menyamar sebagai bapanya, Odin. Odin di sorokkan oleh Loki. Bila mereka jumpa Odin, dia hampor mati dan menyatakan kakak mereka, Hela akan muncul untuk musnahkan Asgar. Tukul Thor musnah dalam pertempuran bersama Hela. Dia dan Loki dibawa ke kerajaan lain. Mereka bertemu Hulk a.k.a Banner dan Valkyrie. Mereka membentuk pasukan Revenges untuk menentang Hela. Sebelum itu mereka perlu bebaskan diri dari Grandmaster. Hela terlalu kuat untuk di lawan. Semakin susah bila dia tiada tukulnya. Rakyat Asgar, kerajaan Asgar dan istananya perlu diselamatkan. Mampukah dia?

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...