Wednesday, November 15, 2017

Ride in Pink, Walk in Pink


Ride in - guna basikal
Walk in - jalan kaki 5km
29/10/2017 - Loh Guan Lye
Bayaran Rm31.80

Event dibuat sempena minggu kesedaran kanser payudara.
Bayaran dibuat awal sebulan. Masa collect baju tak free. Minta tolong kawan husband tolong ambilkan.



6.30 pagi bermula pendaftaran. 6.20pagi, baru kami keluar dari rumah. 6.40 sampai di Loh Guan Lye. Parking dalam bangunan LGL, RM3 per entrance. Semua berkumpul di lobi. Ramai dah orang. Semua pegang belon. Anas tidur, letak dalam stroller. Auni dah bangun dan dapat 1 belon. Pendaftaran hanya untuk staf LGL.
Acara di mulakan dengan warm up dan 7.10 pagi peserta berbasikal di lepaskan dulu dan peserta jalan kaki sejurus selepas itu.

Sebelum flag off

Kami berjalan 2.7km. Rasa panjang perjalanan bila belok sana sini, lintas jalan. Nasib la laluan jalan kaki sekitar bandar Georgetown mesra stroller. Kami sahaja peserta yang bawa anak bersama stroller. Ada je kanak² lain tapi mereka dukung dan pimpin tangan. Kami berhenti di Gurney Paragon 7.50 pagi untuk acara seterusnya. 

Air dan nasi eco brown, kek dan pisang

Light refreshment di beri. Dapat pisang dan air mineral. Anas masih tidur. Auni yang tidur semasa perjalanan tadi dah bangun semula. Ada booth wyeth dan eco brown. Eco brown beri sampel nasi dan air. Sedap sangat nasi. 2 cawan saya ambil. Air lebih kepada untuk yang diet. Air yang mengenyangkan. Kemudian booth wyeth kena isi form, lepas isi form dapaylt baucar dan kek. Sedap kek. Limited sangat. Yang terawal je dapat.

Kemudian ada zumba beramai-ramai, lucky draw dan tarian oleh pesakit kanser. Husband pergi ambil kereta di LGL. 30 minit gak dia berjalan. Agak jauh. Habis licky draw kami naik kereta kembali ke LGL. Medal kena ambil di sini. Masa kami sampai belum ada peserta hang sampai. Ye la, 30 minit berjalan kan? Matahari pun dah muncul. Ada je peserta naik van LGL. Bila van sampai, kami pun ikut jalan masuk pergi ambil medal dan goodies. Dapat air, roti dan vitamin. Untuk kanak² dapat goodie gak.


10 pagi kami gerak balik ke rumah.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...