Monday, November 20, 2017
Salah Dapat Baju
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pernah tak beli pakaian sepasang tapi yang dapat tak betul? Pengalaman saya beberapa tahun lalu beli baju raya. Masa fitting ambil try beberapa saiz. Bila dah confirm, bagi la saiz yang selesa pada sales assistant. Balik rumah baju peram simpan dalam beg tak keluar². Lagi 2 hari nak balik kampung baru keluarkan dari beg sebab nak basuh dan iron. Sekali tengok baju saiz 40, kain saiz 44. Saiz baju betul tapi kain besar terlebih kat pinggang dan labuh. Nak alter tak sempat dah. Nak pergi tukar tak tahu dah resit buang mana. Sudahnya pagi raya kain pakai dengan lipat bergulung-gulung.
Kemudian hujung bulan lepas, saya beli sepasang baju di sebuah butik GM Klang. Baju free size. Sebelum beli saya fitting dulu kain dan baju. Dah puas hati baju muat elok dengan badan baru confirm nak beli. Masa nak bayar, staf kedai ambil stok baru dari stok mereka. Saya nampak label di plastik tulis top dan skirt. Lepas 2 hari sampai Penang, baru teringat nak buka plastik, try pakai dan hang baju dalam almari.
Sekali buka tengok yang saya dapat baju dan baju. Walau di plastik tulis top dan skirt. Terus pening. Bukan dekat tempat yang beli tu nak pergi tukar. Resit masih ada dalam plastik. Tak de no telefon. Di plastik ada nombor tapi tak berjawab. Saya cari di Facebook nama kedai. Kot la ada fanpage. Tapi tak jumpa. Tukar ejaan pun tak jumpa. Kemudian try di Instagram. Beberapa kali cuba dengan pelbagai ejaan dan Jumpa. Ada alamat dan no handphone. Double cek alamat di resit dengan alamat di Instashop. Sama. Terus saya call nombor yang ada.
Alhamdulillah, panggilan berjawab. Saya dapat cakap dengan owner kedai. Dia paham masalah yang jadi dan kami terus whatsapp. Line telefon tak ok masa tu, putus-putus. Dari whatsapp dia minta datang ke kedai dan tukar yang salah. Takkan saya nak pergi kedai yang berbeza negeri dengan saya. Penyelesaiannya saya pos baju yang silap dan dia pos kembali pasangan yang betul. Lebih kurang 5 hari juga la, saya dah terima pasangan baju saya. Saya puas hati walaupun banyak kerja kena buat. TApi saya lebih suka kalau pihak yang terlibat tanggung kos pos saya sebab kesilapan bukan dari pihak saya. Saya malas panjang cerita, saya pun tak tanya banyak.
Pihak di sana pun lepas bagi tracking number terus tak contact saya. Masa whatsapp ada gak saya tanya berkenaan kos pos. Siap suruh saya snap resit kos pos lagi, tapi tak pe lah. Saya belajar sesuatu. Lepas ni beli baju terus buka dari plastik cek sebelum gerak balik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Thanks :)