Assalamualaikum dan salam sejahtera,
9th Disember, tarikh birthday husband. Kalau tahun lepas plan saya nak suprise husband dengan hadiah tak jadi bila hadiah delay di pejabat pos hingga terlepas date birthday beliau. Belajar dari kesilapan lalu, tahun ni saya order hadiah beliau awal dan sampai awal seminggu dari tarikh birthday. Ikut-ikut nak hadiah sampai beberapa hari sebelum tapi barang dah order. Barang lak limited edition. Siapa cepat dia dapat. Pre order with payment. Proceed je la untuk postage bila barang dah ada. Seperti tahun lepas, saya minta seller tolong tulis ucapan. Ucapan common dan cliche. Barang samapi di alamat tempat kerja husband.
Bagaimana saya tahu tentang hadiah ni? Husband memang peminat kaca mata hitam. Banyak dah beli dan banyak dah hilang. Beberapa bulan lepas dia ada beli lagi. Itu adalah satu-satunya kaca mata yang ada. Dia perlukan kaca mata semasa memandu dan bawa motosikal. Bulan lepas dia screenshot gambar iklan kaca mata ni dari FB penjual. Saya suruh order je nanti saya bayar. Kira sebagai hadiah hari jadi. Harga cuma RM99 je. Dia kata tak nak, bajet lari nanti sebab hujung tahun kami banyak komitmen.
Then saya PM penjual tersebut. Katanya barang belum sampai dan boleh bayar dulu. Barang dah sampai dia akan pos. Saya bayar dan bagi alamat. Dia kenal huaband saya. Husband dah beberapa kali beli pada dia. Saya kata untuk birthday suami dan minta dia tulis ucapan 'Happy Birthday Husband'. Hujung November, dia inform dah pos dan beri tracking ID. Sepatutnya esok sampai tapi lepas 2 hari tak sampai. Status barang masih di KLIA. Tak la risau sangat sebab belum tarikh birthday. Masuk hari ketiga tiada update status lokasi terkini saya call Poslaju. Rupanya dah sampai Nibong Tebal dan akan pos tengah hari nanti.
Petang baru suami whatsapp gambar di atas. Alhamdulillah sampai dan masih tak terlebih hari. Barang kalau pos hujung tahun selalu masalah. Kaya betul orang kita 😁
No comments:
Post a Comment
Thanks :)