Thursday, December 7, 2017

Honda Road Trip 2017

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
tahun 2016 Honda Road Trip dijalankan pada 2 - 3 Disember. Berubah lokasi dari Auticity ke Stadium Batu Kawan. Lebih jauh tetapi parking lebih mudah. Kami pergi hari Sabtu. tak ramai orang. sebaik saja sampai dan masuk kedalam khemah, hujan turun dengan lebat. Mainan kanak-kanak di hentikan. Nasib baik sekejap sahaja hujan. 

                                                    

Di pintu masuk, kami di beri kad bersama kertas untuk jawab soalan. Malangnya pen tidak di sediakan. Saya dan suami masuk berasingan. Saya pas kertas soalan pada suami. Suami cari jawapan beserta cop dari 3 booth dan saya melayan Anas mewarna model kereta yang di sediakan di samping Auni yang lincah berjalan keliling khemah. Di dalam khemah juga di sediakan stesen kopi dan biskut.


Lepas husband dapat semua jawapan dia ke kaunter penebusan hadiah. hadiahnya USB Fan dan kena jawab lagi soalan sebelum terima beg. Yang ni limit satu keluarga satu saja. Lepas husband selesai, saya pula pergi, Maka dapat la kami 2 beg. Lepas tu jalan ke khemah sebelah yang ada banyak model kereta Honda. Sales Assitant ambilkan gambar kami dan boleh join contest di Facebook Honda. Yang ni lebih kurang cam tahun lepas. Just try our luck. Tak rasa pun boleh menang.


Kami beralih ke khemah di luar, cuaca pun dah kembali cerah. Ada booth untuk aktiviti kanak-kanak. Ada stesen inai, face painting, sand art, free gula-gula kapas, free riding car, clown with balloon dan belon besar yang kanak-kanak selalu main ramai-ramai tu. ntah apa namanya. Auni lukis inai kat tangan, Anas buat painting di tangan dan main sand art. Lepas tu diberi gula-gula kapas percuma. 5 petang ada ucky draw tapi husband tak nak tunggu. 4.45 dah ajak balik, ada jemputan birthday di taman kami.


Ajak juga husband test drive kereta. pada yang test drive akan dapat tshirt percuma. Tapi husband tak nak. Takut terjerat >__<

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...