Wednesday, December 20, 2017

Resepi Lokan tumis halia


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Minggu lepas pesakit saya datang. Masa berbual dia tanya makan tak lokan, dia nak bagi. Kat dia ada 2 guni orang bagi. Minggu ni saya cuti 3 hari. Datang kerja ada 1 beg plastik lokan. Pesakit tersebut datang hantar 3 beg, seorang satu beg dia bagi. Jujur cakap, saya kurang mengenali jenis-jenis siput. Yang biasa makan dan tengok kerang, remis dan lala. Siput sedut dan mentarang baru sahaja belajar makan lepas kahwin. Lokan tak pernah makan dan rasanya tak biasa tengok.

Selepas diberus

Balik rumah terus saya google cara kendalikan lokan dan masak. Patut la lokan masih bertahan walau hampir 2 minggu. Syaratnya :
  • Jangan masuk fridge
  • Jangan rendam air
  • Kalau letak dalam plastik, jangan ikat, biar ada pengudaraan
  • Tempatkan di tempat yang gelap, maksudnya tak terdedah pada cahaya matahari.


Dah masak

Lepas dah dapat semua info, terus basuh lokan. Sental guna berus dawai. Jenuh gak la menyental. Dah hujung-hujung tak larat dah. Masukkan semua lokan dalam periuk tanpa letakkan air. Tutup periuk buka api perlahan. Masa ni ada bunyi meletup-letup dalam periuk. Lepas 5 minit jenguk la dalam periuk. Kalau semua dah terbuka, boleh la tutup api dan angkat. Masa angkat ni ada yang isi dah terlerai. Tak panas pun. Mungkin sebab kulit lokan tebal kot.


Lepas dah asingkan isi dengan kulit lokan boleh la ke peringkat masak. Ringkas je saya masak. Sebab pertama kali tak nak buat heavy. Lagipun nak ratah je.

Bahan-bahan


  • 3 ulas bawang putih hiris halus
  • 1 labu bawang merah hiris halus
  • 1 inci halia potong panjang
  • 1 batang serai potong bulat
  • 1 tangkai cili merah (guna cili padi pun boleh)
  • Secubit garam
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Isi lokan



  1. Panaskan minyak
  2. Tumis bawang, halia dan cili sampai naik bau
  3. Masukkan isi lokan dan garam
  4. Tutup api





No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...