31 Disember 2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tahun ketiga kami sambut ulangtahun perkahwinan di sini. Survey juga hotel² lain, harga boleh tahan juga. Ingat nak juga tukar selera tempat lain tapi memandangkan malam tahun baru, nanti jalan sesak lak. Saya just PM FB untyk booking seat. Kemudian dapat whatsapp untuk buat bayaran online. Tahun sebelum ni tak pula push untuk bayaran. Saya tak berani nak transfer duit. Saya cuma cakap akan ke kaunter hotel. Bayar kat situ je.
Lepas balik keje, singgah hotel, jumpa staf berkenaan. Dia tak minta bayaran pun. Dia cuma masukkan nama untuk booking je. 2 dewasa, 2 baby. Kanak² umur 6 ke atas perlu di bayar. Dinner bermula jam 6.30 petang. Masa call ke pihak hotel saya ada tanya apa lagi ada selain dinner. Ada live band dan lucky draw. Menu makanan saya minta dari sales person yang whatsapp saya. Hari dinner masa tengah hati saya dapat whatsapp reminder dinner malam hari.
6.30 petang kami sampai hotel. Park kereta dan masuk lobi. Sampai je Anas kata sakit kepala nak muntah. Sebelum tu ok je. Sebelum ni dinner level 2 tapi hari ni nampak cafe bawah yang meriah. Tanya pada receptionist, dinner di cafe bawah. Masuk je inform nama dan diberitahu nombor meja. Dah ada nama atas meja. Meja untuk 4 orang tapi hanya 2 kerusi. Masa booking saya ada inform yang saya perlukan 2 baby chair. Tapi tak de. Kami beritahu staff di situ dan selepas 30 minit baru dapat baby chair.
Sementara tunggu baby chair, Husband pergi ambil makanan dulu dan saya buat payment. Sasarannya udang. Saiz udang besar dan cicah dengan sos blackpepper memang sedap. Boleh dikatalan semua menu saya cuba. Menu tak sebanyak last year. Hidangan utama turkey dan lamb bersama 5 jenis sos berlainan. Pilih je nak yang mana. Nasi juga ada, tapi tak rasa nak makan nasi pun. Ais krim ada 4 flavour bersama topping yang best, walnut, almond, coklat chip, kacang, coklat rice, sos coklat, strawberi. Memang best.
Kek pun banyak. Dah kenyang nak rasa semua. Cream seafood sup best. Masa tengah makan, staf datang untuk isi details lucky draw. Lucky draw 3 hadiah je. Umum setiap sejam. 9 malam dah habis announce, terus kami pun gerak balik. Anas muntah 2 kali dan terus tidur di seat cafe. Nasib la tak de orang seat situ dan boleh bagi dia tidur di situ. Dia tak makan apa pun. Auni banyak makan buah je. Masa Maghrib kami bergilir solat. Lif rosak, kena guna lif staf. Muncul watak star wars dan membuatkan Auni takut tapi Anas seronok. Request nak bergambar lagi.
Parking charge by hour. Husband inform staff kat situ kata jangan bayar, jumpa dia. Masa nak keluar saya pergi kaunter depan tunjuk kad parking tapi kena marah. Suruh bayar di mesin depan. Husband beri kad pada staf bekenaan dan kami tak perlu bayar. Kena keluar dalam masa 15 minit. Tak sempat nak swafoto depan deko cafe.
Anas dah bangun tidur dan nampak dah ok. Food poisoning agaknya tak pun perut masuk angin, dia tak makan nasi pun siang tu. Request nak makan roti telur. Singgah Subaidah beli roti dan ke rumab mak saya nak tunggu bunga api. Masa sampai tu baru tau pantai buat perhimpunan Islam. Tak de la kot bunga api. Malas la nak tunggu kalau tak de. Lepas bagi Anas makan, gerak balik rumah. Sampai rumah bagi hadiah anniversary. Husband lak cirit birit dan saya dah mengantuk sangat². Terlena dan terjaga bila dengar bunyi tembakan mercun. Tak nampak pun dari dalam bilik.
1/1/2018
Pagi ada walkathon. Tengah hari lunch rumah mak. Malam dinner char kuew teow je. Semalam dah makan mewah, malam ni makanan gerai je.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)