Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Novel ini di beli semasa car boot sale. Saya sukakannkarya Hezzy Azra tetapi tak semua koleksinya saya ada. Bila nampak ada yang menjual terus grab. Harga hanya RM10, novel preluv, masih elok.
Sinopsis
Larra anak sulung dan tunggal perempuan dalam keluarganya menjadi tulang belakang selepas kematian bapanya. Selepas beberapa kali bertukar kerja dia membuka perniagaan dobi sendiri dengan bantuan Razlan, lelaki berumur yang sudah bekeluarga. Di kedainya dia selalu nampak Shaqril lalu untuk ke pekabatnya. Tanggapan Larra, Shaq sombong. Tetapi pendapatnya berubah setelah Shaq menegurnya untuk menggunakan khidmatnya mencuci kemeja. Sejak itu mereka berbual selama 10 minit di parking kereta. Itu sahaj cara komunikasi mereka. Mereka tidak bertukar nombor telefon tetapi menjadi rakan di Facebook. Larra tidak tahu status Shaq sebagai tunangan orang bila hatinya mulai suka pada Shaq, dia terjumpa kad undangan perkahwinan Shaq dengan Balqis. Shaq memulakan hidup baru dengan Balqis dan Larra belajar melupakan Shaq. Dugaan muncul bila Larra menerima lamaran Razlan dan Shaq muncul dengan status duda. Apakah keputusan Larra?
Saya suka novel ni. Berbaloi beli. Jalan ceritanya lain dari lain. Penulis bijak mengatur flow setiap watak.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)