Monday, March 5, 2018

Persiapan sebelum ke Krabi

Assalamualaikum dan salam Sejahtera,

Trip kami ke Krabi 16 hingga 18 Februari. Next post saya cerita pengalaman di sana. Sebelum ke sana saya buat persediaan. Info saya cari di blog dan website pengalaman orang lain di sana. Memandangkan ini pertama kali travel bersama orang lain dan bersama anak kecil. Biasanya travel pandu sendiri. Ini persediaan saya :-

1) Tarikh, masa, cuti

Pilih tarikh dan masa yang sesuai. Bincang dengan pasangan. Saya banyak google tentang ini. Masa awal tahun sesuai ke sana. Cuaca elok banding dengan hujung tahun. Family saya bercuti masa ni dan saya ambil kesempatan untuk ke Krabi masa yang sama. Nak tak nak memang kena cuti sebab anak saya di jaga oleh keluarga. Check date dengan agen, dah proceed semua boleh la apply cuti.

2) Permohonan ke Luar negara


Apply kebenaran ke luar negara sebulan sebelum trip. Cara apply rujuk ke tempat kerja masing². Lagi 3 hari nak pergi baru dapat surat balasan.

3) Booking agen

Saya survey beberapa agen untuk harga, pakej dan review pelanggan. Finally, kami pilih  Barracudas Tour.

4) Duit

Untuk kami berempat saya budget RM2000 sekali dengan bayaran tour. Untuk makan dan cenderahati RM500. Ada juga extra, kot tak cukup. Habis bercuti saya ada baki RM300.

5) Dry Bag


Untuk aktiviti pulau, naik bot kena ada beg ni. Kami belajar dari kesilapan masa ke Pulau Perhentian guna Bagpack Deuter. Beg ni isi diapers Auni, fon, beg duit dan towel. Sudahnya beg ini basah luar dan dalam. Beg beli di 11street saiz 10 liter. Tolak kupon, diskaun, bayaran yang di bayar hanyalah RM11.90. In case lupa nak beli, boleh je beli di Aonang, Krabi. Kedai² tepi pantai banyak jual dari saiz 2 liter sampai 20 liter. Harga tak pasti. Beg ni juga boleh jadi pelampung. Yang kami punya 10 liter. Botol air 1.5 liter muat masuk dalam tu.



6) Passport


Passport memang dah ada. Expired lambat lagi. Ini tak de masalah

7) Travel Adapter

Penting untuk cas telefon dan kamera. Saya pinjam adik punya. Check dulu rosak ke tak. Pastu bawa extension je bersama charger. Nasib kami bawa 2. Yang adik punya 1 side tak function.

8) Ubat

RM3 sekotak untuk 10 biji

Suami mabuk laut. Saya baru tau masa kami ke Pulau Perhentian. 3 hari dia lembik sebab mabuk teruk. Kali ni saya beli sekotak ubat mabuk untuk dia. Memandangkan kali ni kami naik van, orang lain bawak dan kami di belakang. Possibility untuk mabuk tinggi. Siap² kena makan masa di BKH. Selain itu, saya bawa juga ubat² asas lain panadol, ubat sakit kepala, demam, selsema, sakit tekak.

9. Semakan status perjalanan

Semak status kami suami isteri. Kot la sangkut kat imigresen. Masuk nombor IC dan kami berdua tiada masalah.

http://sspi.imi.gov.my/sspi/index.php?page=sspi/bm

10. Waterproof handphone Bag


Untuk letak handphone. Nak snap photo guna fon, takut terjatuh ke basah ke. Rosak lak. Minggu terakhir cuti baru teringat belum beli. Tak sempat dah nak beli online. Merata gak la cari. Boleh tahan juga harga. Dah last minute kena la juga beli. Sebelum beli try dekat fon, susah nak tekan button fon. 2 hari berturut pergi cari. Kedai ke5, harga murah dan ada 2 pilihan. SA suggest ambil yang murah. Kami cuba yang murah, nak snap photo pun senang. Gambar pun clear. Harga RM19 satu, ambil 2 dapat RM30. Dah sampai Krabi, kedai tepi pantai pun ada jual. Harga lagi murah. 100 bath. Dalam RM12.50.

Gambar kelabu sebab berkuap
Fon memang tak basah tapi jadi berkuap dalam tu. Gambar jadi kelabu. Eloknya lepas snap photo, tengok balik gambar. Saya naik bot baru tengok. Gambar jadi tak elok. Huhu. Tak leh repeat dah pergi tempat tu.

Sebelum berkuap.


11. Pakaian

Kami 4 beranak. Baju kami suami isteri 3 persalinan utk siang, baju tidur, dan pakaian mandi. Anak² extra baju harian 2 persalinan. Diapers Auni 15 dan anas 10. Anas dah boleh inform nak pass urine. Cuma dalam van mungkin akan pakaikan diapers. Toiletteries dalam satu beg kecil. Yang ni memang sentiasa di bawa. Top up je barang yang dah kurang.

12. Makanan

Makanan saya bawa jajan dan roti untuk Anas Auni dalam van atau kat hotel. Anas jenih malam² lapar. Air kotak dan 3in1 juga saya bawa bersama maggi cup. Asam kot nak muntah dalam bot ke van. Pinggan mangkuk susu garfu pakai buang pun bawa. Berguna bila kami tapau makanan balik hotel bila pergi makan kat kedai dan lepas sejam makanan belum sampai dan agen nak panggil nak pergi tempat lain.

13. Power Bank


Perjalanan dari BKH ke Krabi lama. Bosan dalam van main fon, update status, tangkap gambar. Naik kereta sendiri boleh gak charge.

14. Insurans perjalanan


Ini penting kalau ke luar negara. In case jadi apa² semasa di sana. Harap² tak berlaku apa² la. Pegawai kerajaan yang mohon perjalanan ke luar negara boleh apply sekali tapi saya tak tahu. So saya tak isi bahagian insurans. Husband yang mohon dengan AXA. Insurans untuk kami berempat. RM60 je kot bayarannya.


Itulah antara persiapan dan persediaan saya sebelum ke Krabi baru² ini bersama anak² kecil. Harap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca lain yang ingin bercuti.

4 comments:

  1. Assalam sis maaf nak tanya...bagi yg belum ada passport tu macamne ye prosesnya.

    ReplyDelete
  2. Unknown - kena buat passport dulu. Nak ke Krabi tak boleh guna Border Pass.

    ReplyDelete
  3. Assalam sis. Dia check ic tak? Ke check passport je?

    ReplyDelete

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...