17/2/18 - Sabtu
Perbelanjaan hari ini RM100 = 800Baht
Makan - 660B
Mainan - 693B
Gogles - 80B
Tiket 7 heaven - 200B
Massage - 400B
TutTut - 100B
Di pantai Aonang sebelum naik speedbot |
Seawal 8 pagi berkumpul di lobi untuk breakfast. Kami di hantar ke kedai yang dah penuh orang, tukar ke kedai lain yang tak ramai orang tapi makanan lak habis. Saya dan suami jalan kaki ke kedai seberang sana. Malangnya tak de tempat duduk yang kosong. Kami bungkus makanan dan makan di kedai sebelum ni. Baru separuh makan agen dah panggil masuk van. Air yang saya order pun belum sampai. Kelam kabut betul masa tu. Masuk van gerak ke monumen ikan todak untuk sesi bergambar.
Kejap je kat sini sebab kami group yang last sampai. Yang lain semua dah habis bergambar. Yang bagusnya kami tak perlu tunggu lama sebab tak de orang. Agen snap gambar kami dan masuk van semula. Lepas tu gerak ke pantai tempat nak naik bot. Masa sampai sini agen tak cakap pun sini tempat kami berkumpul. Agen cuma cakap boleh beli barang kat sini. Mula² saya tak nak turun sebab semua barang dah ada. Husband je nak turun dengan Anas. Auni pun menangis nak ikut, saya pun ikut turun. Beg dalam van. Lepas beli barang, rupanya van dah balik hotel. Inform agen, agen suruh naik motosikal dengan driver lain kat situ pergi ambil barang dalam van. Kawan husband pun tinggal barang² dia.
Kedai tepi pantai ada jual dry bag, sarung waterproof untuk fon, baju mandi, pelampung dan lain² lagi. Murah juga harga. Pandai tawar menawar dan beli banyak leh dapat lagi murah. Kemudian kami ke pantai berkumpul. Kena isi details setiap ahli keluarga untuk insurans bot. Ambil masa yang lama juga kat sini. Ada peserta tak nak pergi 4 island, nak pergi Phi Phi. 30 minit juga kami kat situ. Bot ke 4 island hanya 35 orang. Cukup 35, naik bot. Kasut kena tanggal letak dalam plastik hitam.
Naik speedbot. Lebih selesa dan ada tangga nak naik. Saya yang dukung Auni pun boleh naik turun. Tak de masalah. Semua pakai life jacket termasuk Anas. Auni je tak de. Dalam 30 minit juga kami dalam bot sebelum sampai ke Pulau pertama iaitu Railey Beach. Pantai ni bersambung dengang Phranang Cave dalam jarak 50 meter berjalan kaki. Masa kami sampai air surut. So boleh la jalan pergi Phranang Cave. Orang ramai. Nak snap photo cari port yang orang tak da atau tak ramai sangat. Kami diberi masa satu jam di sini. Seberang ke Phranang cave ada port berpasir, tinggal Auni kat situ bagi main pasir dengan mainan. Beli kat pantai tadi. Seronok dia main, tak kisah pun kami pergi mandi air laut. Anas je yang nak follow kami mandi.
Lepas sejam kami bergerak ke Chicken Island. Stop bergambar je di sini. Lepas tu ke tempat untuk snorkeling. Saya tak snorkeling. Dulum dalam bot jaga Auni dan selfie dalam bot. Husband turun bawa Anas. Semua yang nak snorkeling kena pakai life jacket dan di beri equipment snorkeling. Lebih kurang 30 minit di sini. Bot tak jalan, ombak laut buat bot menari² dan sya dalam bot dah mula rasa pening. Auni lak buat perangai sebab dah ngantuk masa tu. Cepat² saya cari ubat muntah dan makan. Dah naik semua, ada peserta yang muntah.
Kami gerak pe Poda Island. Kena bergambar ramai² dulu pastu pergi makan. Makanan di sediakan oleh pihak bot. Nasi, ayam masak paprik, ayam goreng tepung carik halus dan sayur campur. Semua lapar, laju je makan. Air mineral di sediakan. Anas dan Auni pun makan berselera. Lepas makan kami diberi masa satuU jam di sini. Mandi dan bergambar. Cantik pulau ni. Ada seekor monyet duduk kat pantai. Risau gak sebab Auni main kat pantai. Yang pelancong luar seronok ambil gambar monyet.
Seterusnya kami ke Tup Island. Pantai ni biasa je. Otang ramai. Private beach yang ada hotel untuk pelanggan hotel sahaja. Bahagian hujung ada tempat keagamaan dan untuk peminat extreme boleh hiking. Kami tak jalan sampai hujung tempat hiking. Husband dah pening, letih. Kami cari port dan rest. Tapi orang ramai sangat dan cuaca panas. Tak de tempat teduh. Nak naik bot, bot pun belum sampai. 40 minut gak kat sini. Naik bot semua dah letih. Kami dihidangkan dengan potongan buah tembikai dan nenas bersma air oren. Alhamdulillah, lega rasa.
3 petang sampai darat. Anas Auni dua² tidur. Jenuh gak nak dukung diorang jalan sepanjang pantai ke van. Dengan baju basah, bawa beg, cuaca panas, anak lagi. Masuk van dan sampai hotel. Mandikan Anas Auni. Sidai kain baju basah kat balkoni bilik dan rehat. Semua pengsan tidur kecuali Anas. Dia tengok kartun kat televisyen. Untuk sesi petang kami diberi dua pilihan, samada nak ke 7 heaven atau dinner di restoran terapung dengan menaiki bot. Bayaran dikenakan untuk per head. Quiet pricey, so group van kami decide tak nak ke restoran. Kami pilih untuk ke 7 Heaven.
6.30 petang bertolak ke 7 Heaven dan Anas baru nak tidur dalam van. Masa sampai kejut bangun tapi nyenyak sungguh dia lena. Ikutkan tak nak kejut tapi tempat ni macam theme park. Nanti dalam gambar dia tidur, dia tanya lak. Sekejap saja di sini sebab hati dah nak gelap. Kawasan ni berbukit dan curam. Memang penat nak mendaki. Tambahan pula dengan stroller, kami tak pusing jauh. Sekitar situ je. Tempat ni sesuai untuk bergambar. Saya nampak waterpark. Tak sure boleh guna lagi ke tak sebab tak nampak air pun. Tempat cantik tapi tak di jaga. Van bergerak ke kedai makan. 3 van stop di situ. Sejam makanan kami tak sampai dan kami decide untuk cancel order. Van pun dah nak gerak pergi tempat lain.
Masa nak cancel terus makanan siap, bungkus je la. Nak makan tak sempat dah. Kami ke Aonang Street. Kami bebas di sini. Tiada had masa. Balik sendiri. Kami cari Pancake dan massage. Ada gak tengok² harga barang. Mahal sikit. Pancake sedap. Massage range harga dari 200 Baht. Banyak pilihan ada, nasib baik boleh negotiate dapat harga murah. Sempat beli mainan untuk Anas dan Auni sebab tak nak bagi ganggu masa nak massage. Massage kami dapat bilik khas. Kami dua saja dalam bilik tu. Anas Auni boleh jalan lari sana sini. Actually kami request untuk massage guna oil harga 300B seorang. Kami negotiate dan dapat harga 500B untuk 2 orang tapi orang yang kami deal pass message salah pada tukang urut. Tukang urut tak paham english. Dah 10 minit bila saya tanya tentang minyak baru tau yang salah tu. Proceed je lah dengan tradisional Thai massage.
Latte Arabus 7e murah lagi |
Habis massage cari transort nak balik. Kami berempat, kawan husband bertiga. Mula² nak naik motor tapi satu motor 150B dan boleh naik 2 orang je. Cari tuttut, seorang 50B, kanak² free. Kami bayar 200B untuk 4 dewasa 3 kanak². Sampai hotel, singgah Happy Mart. Saya cari air Latte. (tips: harga di 7E lagi murah)
Sampai bilik buka nasi dan lauk yang tapau dari kedai tadi makan. Kami order Pad Thai, nasi putih, tomyam seafood dan sotong masang serai. Sedap. Semua lauk sedap. Pad Thai rasa kuew teow goreng je la. Bezanya ada kacang je. Tomyam rasa lemak, pedas, manis. Ada kepah, siput, sotong, udang dan ikan. Betul² seafood. Sotong seekor yang besar dan panjang. Sedap. Tak rugi bayar 430B untuk semua. Lepas makan tidur.
Pad Thai tanpa tauge |
No comments:
Post a Comment
Thanks :)