Friday, March 23, 2018

Trip Krabi - Hatyai 2018 - Day 1





16/2/18 - Jumaat

Perbelanjaan hari ini (RM100 = 800Baht)

Minyak : RM 89.20 (40 liter) Butterworth - Bukit Kayu Hitam
Tol :  RM 14.60
White card : RM8
Tips Driver van : RM4
Makan : 890 baht
Sim card : 150 baht
KaoKob cave : 250 baht
FM : 100 baht
Baju : 480 baht
Mainan Anas : 250 baht

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Trip ke destinasi yang dah lama saya impikan. Buat kali pertama kami join trip. Pergi beramai-ramai bersama kawan husband. Tarikh di tetapkan oleh agen iaitu pada Tahun Baru Cina. Perjalanan kami bermula jam 3.30 pagi. Isi minyak 40 liter di stesyen minyak Gurun.



5.30 pagi sampai Bukit Kayu Hitam (BKH). Jumpa kawan husband, pergi toilet dan beli nasi goreng. 6 pagi mula beratur di imigresen Malaysia. Line up guna kereta. Masa sampai dah banyak kereta. Ramai dah beratur sebelum 6 pagi lagi. Imigresrn Malaysia beroperasi seawal 6 pagi. 6.45 pagi selesai urusan imigresen Malaysia. Parking kereta di Duty Free Complex.


White card ambil di Zon C dengan bayaran RM2/ orang. Siap isi details kami di kad. Kemudian tunggu van. Dah ada semua, van jalan pergi border Thai. Kena ambil nombor giliran. Nombor kami dah siap di ambil oleh agen. 8.30 pagi di border dan 11 pagi baru selesai urusan cop Pasport. Sementara nak tunggu giliran, agen minta kami sarapan dulu di kedai sekitar tu. Order nasi ayam 1, teh ais dan nescafe ais. Minuman manis. Nasi ayam tanpa sup dan hanya sos yang manis. Rasa pelik sikit. Harga semua 120 baht. Di bahagian Imigresen ada toilet, bayaran yang di kenalan RM1 @ 50 baht. Mahal. Baik pergi toilet kedai makan tepi tu. Ada gak saya jalan sekitar tu. Saja tengok barang dan survey harga. Masuk 7Eleven beli air Meiji Banana dan coklat, 25 baht. 11 pagi perjalanan di teruskan.


12 tengah hari, van stop isi minyak dan ada yang ke toilet. 2.30 petang sampai di Andaman Gateway. Kat sini mandikan Anas dan snap photo. Banyak port tak sempat bergambar. Cuaca sangat panas dan kejar masa. 3 petang stop di RnR Trang untuk solat dan makan tengah hari. Saya makan nasi dengan lauk ayam (35B), husband makan mee sup (35B).



5.30 petang sampai Kao Kob Cave. Tiket masuk 100 B / orang, kanak² 50 B. 6 petang gerak. Pengembaraan ke dalam gua dengan menaiki sampan. Limit 5 orang + pengayuh sampan 2 orang di depan dan belakang. Ada tempat yang kena telentang sebab bumbung gua terlalu rendah. Pastu stop kat satu tempat untuk tengok keadaan dalam gua.


7.30 malam sampai pekan Krabi. Stop tangkap gambar dekat ketam dulu kemudian sambung perjalanan makan malam di Rabeab Kitchen. Hidangan makan steambot. Bayaran 230B/dewasa. Untuk kanak² bayaran berbeza. Anas kena cas 100B, anak kawan kena 130B walaupun dia umur 3 tahun. Banyak pilihan makanan. Konsep makanan sama je macam kat Malaysia. Pilihan makanan tak la banyak sangat tapi laju diorang top up.


Yang kami banyak makan udang. Ais krim sedap tapi masa ambil dah habis. Dapat la rasa yang hujung². Kerabu mangga sedap. Air di sedia dalam troli dan di letak tepi table sekali tisu, timba kecil yang berisi ais batu, air gas botol kaca dan mineral water. Air boleh request banyak mana yang nak. Meja kami saja 3 botol. Ais 2 kali top up.





Lepas makan gerak ke Krabi Night Market. 9.30 malam sampai dan kami di beri masa 1 jam. Misi pencarian fridge magnet dan baju yang di pesan. Orang sangat ramai, sesak. Anas dah complain sakit kaki. Bawa juga stroller untuk dia. Makanan dan barang bukan makanan bercampur. Susah nak tuju tempat yang nak beli bila orang ramai. Redah juga la beli. Tu pun ada yang di pesan tak de. Baju 4 helai tangan pendek saiz S-XL 100B sehelai. Baju long sleeve XXL 180B. Fridge Magnet 3 pcs 100B. Beli mainan untuk Anas sebab dah janji, patung aqua man 150B dan key chain minnion 2 100B. Baju Anas 80B. Orang ramai, panas dan sesak memang dahaga. Saya beli es juice 30B. Memang sedap. Tapi sikit sangat, sekali hirup dah habis


10.30 malam teruskan perjalanan ke hotel. Pihak agen booking Bidadaree Resort. 11 malam sampai bilik hotel. Agen beri sedikit penerangan tentang aktiviti esok dan pembahagian bilik. Bilik kami jauh ke belakang dan kena panjat ke tingkat 2. Dah la letih, angkat lak Auni yang tengah tidur. Memang cabaran. Masuk bilik hotel mandi dan mandikan Anas Auni. Bilik hotel ada air cond, tuala, toiletteries, mini fridge, tv, air mineral. Coffee set, cawan tak de. Wifi sangat slow sampai whatsapp tak leh masuk. Kami berhubung dengan agen melalui whatsapp group. Nasib baik kami beli simkad siang tadi. Boleh la guna untuk berhubung dengan agen.


Hotel kami nama Bidadaree Resort tapi yang kami stay ni di bahagian belakang nama The Aireen. Sangat jauh nak jalan ke lobi dan bilik kami tingkat 1 kena panjat tangga. Nak air panas, iron kena ke lobi. Sebab jauh jadi malas nak turun. Swimming pool di sediakan. Bilik kami tak de banyak nak di ceritakan. Ada balkoni, penyidai baju, kerusi dan meja untuk berehat. Pemandangan menghadap rumah orang. Lepas siap mandi kami rehat. Rancangan tv semua cerita tempatan. Husband bawa pendrive. Ada la cerita kartun untuk Anas Auni tonton sementara nak tidur.

* Untuk trip akan datang saya tak nak dah stay hotel ni

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...