Perbelanjaan hari ini (RM100 = 800Baht)
Makan : 470B
Baju : 170B
Mainan : 40B
Toilet : 10B
Danok : 1310B (Maggi, pistachio, gajus, serbuk lada putih, keropok, kismis, susu pekat, susu cair)
Parking : RM32
Pagi ni check out 9pagi, lepas tu pergi breakfast. Pilihan makanan kami nasi lemak dan teh ais. Sebelah kedai makan ada 7E. Habis makan masuk 7E beli jajan, air.
10.30 pagi sampai Fossil Beach. Mula rasa tak nak turun. Nampak tak menarik je. Pastu agen cakap nak beli baju murah kat sini. Saya ada pending 2 helai baju orang pesan. Memang murah banyak kat sini. Harga baju ikut saiz.
Kanak² - 50BAnas dengan Auni ambil 3 mainan, harga baru 40B.
Saiz S,M,L - 100B
XL - 120B
XXL - 150B
Lepas tu gerak ke kem gajah. Bayaran naik gajah seorang 500baht. Kawasan tu panas, tak cantik macam kem gajah yang saya pergi tahun lepas. Tak de aktiviti lain pun yang boleh buat di sini selain dari emnunggang gajah, bagi gajah makan dan bergambar. Nak bergambar dengan gajah kena beli makanan untuk gajah. Budak-budak dalam van kami tidur. Mak pak rest je dalam van sementara tunggu ahli dari van lain.
6.45 kami sampai Hatyai Floating Market. Sama tempat macam kami pergi last year. Ramai sangat orang. Ada sambutan Perayaan TAhun Baru Cina. Tempat ank duduk makan pun tak de. Berhimpit dengan orang lain semeja. Kena gilir-gilir nak beli makan. Kami beli air laici, keropok lekor, beras pulut, seafood dan Meggi sup. Saya ingatkan Kerabu Maggi, rupanya megi sup. Sebab orang ramai dan rushing agen nak gerak balik, makan tak kenyang dan tak puas.
Habis makan bertolak pulang. 9.45 malam kami sampai ke Danok. Kami diberi masa 20 minit untuk beli barang. saya tak survey pun kedai mana yang murah. Terus pergi ambil barang yang nak beli. Nasib la dalam kepala dah ada list barang apa nak beli. Saya ambil Maggi, gajus, kacang, kismis, keropok, susu pekat manis, lada sulah dan ikan bilis. Ikan Bilis orang pesan. Susu beli sebab murah. Ikutkan banyak lagi nak beli tapi agen panggil.
Lepas tu kami dihantar ke Imigresen untuk cop pasport. beratur panjang. sangat panjang. Selesai semua, van bawa kami ke tempat parking kereta. Simpan barang dan bayar parking di mesin. RM16 untuk satu malam. Kami drive balik dan singgah Mcd untuk makan. Masing-masing lapar dan Anas nak makan Mcd. Sampai Mcd 12.30 pagi.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)