Monday, April 2, 2018

I ❤ Penang Hike 2018


25/3/2018 7.30 pagi
Taman Rekreasi Kuari, Botanical Garden
Rm20 (exclude GST)
Baju + medal
6km naik, balik naik train (FOC)


Event under Kerajaan Negeri. Perasmian oleh CM Penang, Lim Guan Eng. Pendaftaran di buka selama 3 minggu je dan limit untuk 2500 peserta je. Ramai yang tak sempat daftar, nasib kami sempat. Mula daftar tu tak lau lagi nak pergi ke tak. Ingat nak ambil baju je.


Sehari sebelum event, pergi collect baju kat Gurney Paragon dan husband nak daki. Saya je 50-50. Daki bukit memang tak leh bawa Anas Auni. Ada 2 plan. Tinggal budak² kat parents then kami dua² naik. Atau bawa anak² dan husband je daki. Saya jaga anak². Kami proceed plan ke2. Husband pun tak yakin saya mampu daki 6km. Last week yang 5 km pun pancit.


Lepas Subuh gerak ke tempat acara. Anak² tidur. Husband saja daki. Saya tunggu dalam kereta. Lepas Anas bangun dan drama air mata selesai, saya drive kereta ke stesen kereta kabel Bukit Bendera. 2 jam gak tunggu husband. Sempat la makan dulu kat situ. Nasib la Anas dan Auni behave. 10 pagi baru husband turun. Turun naik kereta kabel percuma. Kata husband nasib saya tak pergi. Trek memang sangat mencabar. Dia pun beberapa kali pancit. Air yang diberi 50ml saja.

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...