Friday, May 18, 2018

Trip ke Ipoh - Lost World of Tambun (Hadiah contest) - Day 2


Hari kedua
16/4/2018
Entri Hari pertama di SINI

Bangun pagi bersihkan diri dan pergi garden terrace untuk breakfast. Kupon breakfast dapat sekali check in hotel. Cafe terletak di sebelah kaunter tiket masuk LWOT. Anas tidur lagi masa ni. Kami letak dia dalam stroller. Auni je saya dukung. Rupanya kanak-kanak 90cm ke atas kena bayar untuk makan. Anas baring dalam stroller. Yang jaga kat pintu kafe tak perasan Anas. Pelbagai makanan di sediakan. Nasi lemak, bihun goreng, mi celup, buah, roti, kopi, jus, cereal, bubur, ham daging, sosej dan banyak lagi.


Lepas makan balik bilik kemas barang dan beg bersedia untuk check out. Simpan barang dalam kereta. Hantar kunci di reception dan jalan kaki masuk LWOT theme park. Kereta park di perkarangan hotel. Jimat duit parking. Siap-siap pakai dah baju mandi dari bilik hotel. Pergi kaunter tiket dan tunjut resit yang dah print. Resit saya terima melalui email. Dah print siap-siap sebelum trip. Kami terima 4 wristband, 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Auni tak perlu wristband. Saya dan husband niat nak sedekah wristband pada orang lain. Kami pun snap photo kat luar dulu. Nampak satu family anak sorang lebih kurang tinggi Anas. Husband hulur wrist band kat si suami.


Lepas dipakaikan wristband, masuk dalam. Sma macam semalam kena check beg. Saya bawa drybag yang ada baju dan towel. Husband bawa beg kamera. Semua di check. Bawah stroller tak check lak. Kami letak buah dan air bawah stroller.


Untuk Theme Park ada Water Park, Amusement Park, Lupe's Adventure, Haunter Chambers, Tiger Valley, Tin Valley, Swan Lake, Animal care centre, Petting Zoo, Porcupine Trail, Hippo Kingdom dan Adventure Park. Kami plan nak jalan-jalan pusing semua tempat dulu. Last baru nak mandi. Kami ambil masa 4 jam untuk jelajah bahagian kering.
                                                     

Naik train, roller coaster, mainan di amusement park. Yang tak sempat pergi petting zoo, porcupine trail, dan animal care centre. Swan lake dan haunted mansion kena bayaran lain. Itu pun kami tak masuk. Kami jalan sampai hujung, hippo centre kot namanya. Ni kawasan baru. Dalam peta yang di beri tak de lagi area ni. Adventure park lalu saja.


Lepas 4 jam Anas dah merengek nak mandi. Auni dah mengantuk. Ikutkan kami suami isteri nak je jelajah semua yang boleh masuk. Kawasan sini sangat besar. Memang letih dan penat. Kedai makan banyak ada di sini kalau nak stop makan dan minum. Pergi bahagian mandi automatik Anas Auni kembali cergas. Layan je diorang berendam.
                                                 

Water park ada 6 section. Jungle wave bay, adventure river, waterfall beach garden, explorebay, cliff raider dan tube raiders. Kami lepak 2 tempat je. Bahagian kanak-kanak dengan tempat mandi berpasir. Masa ambil wristband kami dapat kupon untuk free ice cream. Masa Anas Auni tengah mandi, saya pergi redeem aiskrim. Bagi budak-budak makan.


2 jam gak la berendam sampai Auni dah tak nak mandi dan nak menyusu. Tu tanda dah letih dan mengantuk sangat. Kami bersihkan diri dan tukar pakaian bersih. Sementara husband tukar baju dan siapkan Anas saya bagi Auni tidur. Anas lak lepas pakai pakaian bersih masuk stroller terus tidur. Kami suami isteri pergi redeem baki aiskrim. Habis makan aiskrim gerak ke parking kereta di perkarangan hotel. Keluar dari LWOT dan cari kedai makan. Kami lapar. Last makan pagi tadi masa breakfast di Garden Terrace. Makan cari kedai yang open air. Parking kereta tepi meja. Boleh tengok Anas Auni tidur dalam kereta.







No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...