Showing posts with label cuti-cuti Malaysia. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti Malaysia. Show all posts

Monday, June 5, 2023

Staycation 4/2023 - Moty Hotel, Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pertengahan Mei kami bercuti di Melaka. Survey 3 hotel. Tengok pro, cons, harga dan lain-lain. Lastly saya book Moty Hotel. Booking di Trip.com. Kali ke dua saya guna apps ni. 2 minggu sebelum check in saya call hotel untuk confirmkn reservation. Saya booking Family room untuk 2 malam. Booking dah include dengan breakfast untuk 4 orang. Kali ke 2 stay hotel ni. Harga bilik untuk 2 malam RM756.09

Total belanja sepanjang percutian ini

Hotel : RM 756.09
Tol : RM48.38
Minyak : RM197.80
Makan : RM163 
Parking : 

17/5/2023 Rabu

Bertolak dari rumah 6 pagi stop di RnR Jawi untuk Solat Subuh. Anas Auni sambung tidur dalam kereta. Stop ke toilet, beli roti. Sampai di Melaka jam 11 pagi. Cari kedai makan dulu, masing-masing dah lapar. Kedai yang kami list out dah habis waktu sarapan. So, Kami makan di D'saf Patin Tempoyak, Bukit Katil. Order set je. Set Patin, Set telur ikan dan set Ayam Crispy. Sekali air RM50.

Masa makan hujan turun agak lebat. Nak ke hotel masih awal dari waktu check in. Habiskan masa pergi basuh kereta, masuk Eco. 2.40 petang baru sampai hotel untuk check in. Husband parking dan saya ke lobi untuk check in. Saya pernah stay sini, so masih dalam simpanan mereka untuk data plat kereta dan nombor telefon. Bayar deposit RM200 dan cas pelancongan negeri Melaka RM4 untuk 2 malam. 

Penalti dikenakan kalau smoking, hilang kad pun di cas. Dan ada beberapa penalti lain yang ditulis di resit. kad bilik diberi 1 je  saya request 1 lagi kad. Bilik dah ready boleh terus masuk. Bayaran parking dikenakan dari 8 pagi hingga 5 petang. Guna apps atau boleh beli kupon di lobi. 

Husband settlekan parking sebab masa install apps ada masalah dengan top up. Pas 1 kad pada husband untuk dia scn naik nanti. Saya dan anak-anak naik bilik dulu. Guna lif kena touch kad. Hotel ni ada 3 tingkat je. Bilik kami tingkat 3. Masuk bilik sebelah kiri ada kaunter table. Atas kaunter table ada mug dan mineral water. Kettle di atas dan fridge di bahagian bawah. 

Sebelah kaunter table ada wardrobe. Dalam wardrobe ada digantung 4 bathrobe, 4 seluar, iron, iron board, laundry bag. Bahagian kanan ada almari panjang. Boleh letak luggage dan beg-beg lain. Sebelahnya ada televisyen dan meja kerja. 
Bertentangan dengan televisyen ada 2 katil single. Masing-masing ada side table dan 2 bantal setiap katil. Kemudian katil king dengan 4 bantal. Side table di kiri kanan katil. Depan katil ada bench stool. Bertentangan depan katil single ada sofa 3 seater dan 1 seater. Ada working table juga sebelah katil king.

Tandas luas tapi lantai agak licin. Ada moden bath tub, sinki, toilet dan shower. Amenities juga banyak. Sikat, toothbrush, sanitary kids, lotion, soap, shower gel, shampoo dan lain-lain. Bath towel ada 4. Face towel ada 2. Lantai bilik cover dengan karpet keculi depan wardrobe, tiles.

Masuk bilik, ada yang rehat, mandi dan solat. Masing-masing letih. Plan nak keluar lepas Maghrib. Lepas solat Maghrib kami jalan-jalan sekitar hotel. Ada food cour depan hotel. Pergi tengok makanan apa ada. Nampak tak menarik. Ajak husband pergi Muara Sungai Duyung je.

Sampai Ikan Bakar Muara Sungai Duyung. Tak ramai pun orang. Pilih ikan dan staf kat situ laju je suggest masak itu ini. Tak sempat pun nak kata tak nak dan fikir. 

Laju je sampai semua menu. Ikan bakar je paling last sampai. Kami dua je makan lauk. Auni makan nasi dengan sup je. Jenuh la kami dua habiskan ikan. Besar juga saiznya dan buat 2 jenis masakan. Sotong di cadangkan oleh staf. Katanya best seller. Tapi tak sedap pun. Yang makan di kedai di Penang lagi sedap. Sudahnya bungkus sotong bawa balik hotel.
Plan nak pusing jonker street je malam ni. Husband check kat maps dah close. Terus balik hotel. Auni lak sakit perut. Anas lak nak ke toilet. Sampai bilik Auni sambung berendam dalam bath tub.

18/5/2023 - Khamis

Lepas solat Subuh, mandi dan turun breakfast. Breakfast dari jam 6.30 pagi - 11 pagi. Menu asas - nasi lemak, nasi goreng, moi, kueteow goreng, spaghetti carbonara, mi / bihun / kueteow sup, telur, sosej, ham, bread butter puding, cupcakes, slices of cakes, roti bakar, tembikai, honeydew, cereal, kopi, teh, jus manggo, jus oren. Biasa je rasa nya tak de yang wow mana saya dan suami makan. Breakfast dapat untuk 4 orang. Semua turun makan.


Saya ambil half boiled egg, bread butter puding. Lepas makan telur dah kenyang. Auni ambil spaghetti, Anas bihun sup, husband bihun sup. Lepas makan naik bilik, mandi dan siap-siap untuk keluar.


11 pagi kami keluar bilik. Jalan kaki je dari hotel. Singgah muzium lebah. Percuma je masuk. Kecil je tempatnya. Staf bagus explain semua yang di pamerkan di situ. Then ada la dia promote beli madu yang dijual. Beli madu stick je untuk Auni. Lepas tu stop depan Muzium Samudera nak bergambar. Husband pacak tripod, tak sempat berdiri depan tu, bas datang parking. Terus tak jadi bergambar. Cuaca lak panas sangat. Terus masuk Medan Samudera beli ole-ole. 

Saya beli fridge magnet. RM10 untuk 6 pcs, key chain pun sama harga. Auni nak bagi kawan-kawan dia. Lepas tu beli kerepek 5 bungkus RM20. Campur-campur kerepek tempe, bawang, ubi. Lepas tu kami ke Sungai Melaka. Plan nak naik cruise. Tapi cuaca panas sangat. Yang tengah tunggu turn pun ada belum naik. Tiket lak untuk kami ber4 RM80. Husband ajak masuk mall je. 
Kami jalan ke Dataran Pahlawan. Masuk la 1, 2 kedai. Dalam tu pun panas. Tak rasa langsung aircond nya. Pastu husband kata di nak pergi ambil kereta di hotel then ajak pergi Klebang. Kami tunggu di situ dan husband jalan kaki ke hotel ambil kereta. Kereta sampai terus kami ke Klebang. 

Jalan lancar, orang pun tak ramai di Coconut Shake Klebang. Order yang special 4. Anas Auni ambil keropok lekor, nugget, kuih. Bayar RM30.50 untuk semua makanan dan minuman. Lepas habis minum decide nak balik hotel. Perjalanan balik kami singgah beli kuih keria Antarabangsa Hajah Rahmah, Limbungan. Sebiji RM1. Beli 5 biji je. Buat rasa². 

Sampai bilik, mandi, solat dan rehat. 6 petang keluar semula. Pergi semua tempat yang kami nak bergambar. Ada la beberapa spot favourite kami yang akan bergambar setiap kali sampai Melaka. Pusing Jonker Walk. Plan nak jalan-jalan uptown. Tapi rasanya tak de dah kot uptown. Tak nampak pun peniaga open table. Decide nak pergi kedai makan je tapi Anas Auni dah tidur dalam kereta. Sudahnye beli bungkus je makan kat bilik. 


19/5/2023 - Jumaat

Lepas solat Subuh, mandi dan kejutkan Auni. Sementara tunggu Auni mandi, saya kemas barang-barang. Kemudian turun breakfast. Anas tak nak join. Kami ber3 je makan. Menu lebih kurang semalam. Pasta semalam diganti dengan olio. Bread butter puding diganti dengan egg toasted. Kueteow goreng ganti dengan mi. Lain-lain sama je. Lepas makan balik bilik sambung kemas beg sementara lain-lain mandi.


11 pagi check out. Kena tunggu 10 minit untuk housekeeping check bilik sementara nak dapatkan semula deposit. Lepas dah clear semua baru staf pulangkan semula deposit. Kami terus ke port bergambar semalam yang tak sempat cover iaitu depan Muzium Samedera Lepastu kami ke Mamee Jonker House. 3x pusing cari parking tak de yang kosong. Sudahnya husband drop saya dan anak-anak. Kami ber3 je masuk jalan dalam tu. Jual barang Mamee je. Harga starting RM16. Tempat buat Maggi pun tak leh masuk dah tengok. Kena bayar RM15 per person untuk masuk dan buat magg. Sebelum ni datang banyak la port boleh tengok-tengok dan bergambar. Call husband dan husband datang pick up depan Mamee Jonker House.

Lepas tu kami ke Ghost Museum. Anas la nak masuk sangat. Pergi tengok je harga tiket. Lepas tu masuk kedai makan depan tu, Makan Avenue. Saya masih kenyang. Order air je. Husband pun sama. Konsep food court sini. Banyak la menu. Tapu harga mahal. Husband ajak pergi tempat lain. 

Husband nak makan popia. Ikut maps sampai la ke Perhentian Kuih Kampung. Saya ada la baca yang kedai ni patut masuk list sebab banyak kuih kampung rare kat sini. Tapi mas akmai sampai tu kuih dalam 10 jenis je. Kuih yang biasa jumpa. Tak da apa yg rare pun. Popia yang husband nak 2 petang baru ada. Kecewa a dia. Husband ambil cucur udang, Anas nasi ayam, Auni ambil isi ketam. Semua pun tak sedap.
Di sebabkan kecewa dengan semua makanan di Melaka. Husband tanya nak p Cameron Highlands tak? Pergi Night market ja. Then balik. Saya ok je. 8.30 malam kami sampai Cameron. Perjalanan lancar, yang tak bestnya laluan Tapah macam ular kena palu. Pening sangat, nak muntah. Anas Auni pun pening dan tidur. Mujur husband ok. 

Parking Cameron RM3. Teruk betul tempat parking. Jalan tak rata banyak lubang. Orang lak ramai. Lepas parking husband suruh tanya bilik. Kalau ada kosong, boleh check in. Malangnya bilik area Pasar Malam tu fully book. Kmai jalan-jalan beli makanan. Strawberry bekas besar 2 RM25 dapat coklat untuk celup, jagung madu 24 batang RM30. Anas Auni nak glove. Sepasang RM5. Auni nak gelang 2 utas RM20. Saya beli ubi rebus sebungkus RM5. Bebola ubi 2 tuan beli. Satu RM6 satu RM5. Scones RM20 sebekas. Sayur goreng RM5. Habis beli kami balik Penang. Stop solat. Sampai rumah 1.15 pagi.

Monday, January 18, 2021

Family Getaway : Natasya Riverside Resort

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ayah suka kalau kami sekeluarga dapat berkumpul dan bercuti di mana-mana. Memandangkan masing-masing dah kahwin, ada yg mengandung, baru bersalin, bekerja, susah la nak aturkan percutian. Plan asal nak pergi Langkawi April hari tu. Hotel dah book with full payment tapi sebab PKP dan tak tahu bila Covid19 nak reda, request untuk full refund dari Traveloka. Nasib la dapat full refund. Masa bulan September ayah dah bising suruh cari tempat nak cuti-cuti. Beberapa tempat kami list down. 



Lepas bincang adik beradik, kami pilih Disember walaupun saya tak berapa berkenan jalan-jalan masa Public Holiday dan cuti sekolah, tapi dah semua pun free masa ni. Dari tempat yang kami listed tu mostly full. Adik tag saya di FB location ni. Saya pun whatsapp tanya untuk tarikh yang kami nak pergi tu masih ada kekosongan atau tak. Masih kosong dan beberapa pilihan bilik di beri. Saya terus book 4 cabin dengan deposit untuk secured. 



Bulan 10 covid naik balik dan beberapa tempat PKPB sampai 20/12/2020. Lepas 20hb baru saya whatsapp semula pihak resort dan kawasan sini green zone. Kami pun bukan red zone, boleh keluar negeri dan daerah. 


26/12/2020 - Sabtu

Tol RM16.32

Minyak : RM69

Kabin RM180 x 4

Update di group family, jumpa 8.30 pagi di kedai makan. 9.30pagi baru bertolak dari kedai. Singgah RnR Gunung Semanggol, Beli Burger Ramly dan top up kad TouchNGo. 12 tengah hari sampai destinasi. Kami ikut maps je. 1 kereta silap destinasi. Adik saya drive ke Natasya Caravan. Sampai terus saya ke reception tanya berkenaan bilik. 2 petang baru boleh check in. Penginap lain baru serah kunci nak check out. 


Sementara nak tunggu 2 petang, kami turunkan beg dan lepak dekat meja yang di sediakan depan kabin. Saya tanya siap-siap kat kaunter, yang mana satu bilik kami. So, nanti nak bawa barang senang la. Banyak gak barang sebab kami nak BBQ sekali. Dari tempat kami lepak nampak la pekerja tengah bersihkan bilik. Kami jalan-jalan sekitar chalet. Area belakang ada sungai. Ada gym, wall climbing, dart dan tamn permainan. 


Ada yang berkhemah depan sungai. Cuaca panas terik, kawasan sungai takde tempat berteduh. Banyak batu dan air sungai agak deras. Tak leh biar budak2 mandi tanpa pengawasan. Husband bawa budak2 mandi sungai. Dia dah tak tahan panas. 2.10 petang saya pergi tanya kunci bilik. 


3 bilik dah ada kunci. Bilik last tengah pasang cadar. Ayah saya nak bilik tu, dia ada guna tandas dan cakap air bertakung. Saya sampaikan pada kaunter dan ada staf datang tengokkan bilik. Kena bayar deposit RM50 setiap bilik. Semua pilih bilik masing-masing. Last bilik dapat kat saya. Masuk bilik buka aircond dulu. 3 katil single, 4 plug, 3 bantal, 3 selimut, 2 tong sampah. 

Tandas ada di hujung, ada sinki dengan 2 bekas tak berlabel. Mungkin shower gel + shampoo. Shower dengan toilet sekali. Tak de tempat gantung towel dalam bilik air. Tempat sangkut tuala dan hanger disediakan depan pintu tandas. Tuala disediakan 2 helai besar, 1 kecil, tv 32 inci flat screen dengan limited basic channel. 

2 katil single kami rapatkan masa anak-anak saudara datang bilik. Masa nak rapatkan katil, kepala katil boleh lak tercabut skru. Mungkin dah longgar kot sebelum ni. Bila kami tarik terus tercabut. Husband pun adjust sana sini boleh la jadi seperti asal. Arah kiblat pun ada tapi diletaknya di depan pintu masuk. Agak confuse nak tengok arah. Mungkin kalau arah kiblat diletakkan bahagian tengah silih bilik atau hujung balik sana lebih mudah di lihat. 

Solat dan rehat. Lepas Asar kami mulakan BBQ. Awalnya nak BBQ lepas Maghrib tapi peralatan first come first served. Tempat panggang je yang disediakan, arang dan lain2 kena bawa sendiri. Yang lelaki bakar ayam dan kambing, perempuan menyembang. Masa ni dah hujan lebat. Budak2 semua mandi hujan. Sambil bakat sambil makan. Kami buat juga strambot selain dari makan ayam, kambing dan sosej bakar. 


Maghrib kami stop makan, angkut barang semua masuk dalam bilik. Dah ada orang lain nak guna BBQ. Dalam bilik tengok tv, baca novel, main handphone. Tapi line internet tak berapa ok dalam bilik. Saya jalan-jalan kat lobi cari line. Ok laju tapi nyamuk lak banyak. Nasib la kami ada bawa ubat nyamuk letrik. Masuk bilik, tengok Anas Auni tak de. Semua dekat bilik mak ayah saya. 


Husband lak lapar, ajak keluar cari makan. Kami keluar berdua je. Ada la kedai yang nuka tapi ramai orang. Kawasan ni kampung, gelap, susah gak nak cari jalan. Sesat la jugak. Pandu ikut maps je. Sampai ke jalan besar, banyak kedai tutup. Jumpa 1 kedai, beli bungkus je sebab Auni dah call tanya bila nak balik. Sampai chalet, Auni dah tidur. Masuk bilik, husband makan. Anas pun tertidur. Semua pun letih, mengantuk. Saya lak tak. Leh nak tidur. Banyak gangguan. Tidur ayam je la. Banyak terkejut, terjaga. 

Lepas Subuh, kemas barang, ayah dah ketuk pintu ajak balik. Ikutkan check out 12 tengah hari tapi ayah ada tempat lain dia nak tuju. Kami takde la plan apa-apa cuma saya teringin nak ke Kellie's Castle. Lepas check out, pulangkan kunci dan resit, ambil semula deposit dan kami cari trmpat untuk sarapan. Sarapan di kedai tepi sungai. Masa sarapan bincang destinasi seterusnya. Ayah naknke Pasar Karat. So, adik bawa dia ke sana. Saya tak nak ke sana, so saya nak terus ke Kellie's Castle. Adik lagi sorang nak follow saya. 


Follow maps je nak ke Kellie's Castle. Sampai je, dah ada lane in out, follow je. Sampai turn kereta kami, kena serah IC yang dewasa. Lepas tu beritahu bilangan dewasa dan kanak-kanak, kenna bagitahu umur budak sekali then bayar. Harga yang dikenakan.

  • Dewasa - RM5
  • Kanak-kanak (4-12) - RM3
  • Parking RM2
  • Kamera - RM50

Sebab untuk kamera cas RM50, kami tak keluarkan kamera. Depan tu masuk terus parking. Ada je lagi tempat ppark dalam tu. Nak jimat RM2, park tepi jalan then jalan masuk. LEpas tu kami bergambar dekat entrance yang tulis besar Kellie's Castle. Nak masuk 1 je jalan. Staf jaga dan minta tunjuk resit. Saya tertinggal resit dalam kereta. Patah balik masuk ambil resit. Dah check resit, 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...