Friday, June 8, 2018

Kisah Ramadhan kali ni

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dah sampai ke minggu akhir Ramadhan. Sepanjang Ramadhan ni, terjadi beberapa kejadian. 2 rakan jururawat saya terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Dua² saya kenal. Sebak, terkejut dan sedih.

Kejadian 1

Kemalangan di BKE melibatkan 4 buah kereta

Berita seawal 8 pagi, hari Jumaat 25/5/2018, 9 Ramadhan. Mulanya saya baca dari group whatsapp kemalangan. Di fikiran nanti akan pergi melawat di kecemasan. Sambung buat kerja. Lepas setengah jam tengok semula whatsapp, banyak pula wish salam takziah dan alfatihah. Call klinik dan sahkan dia meninggal di tempat krjadian. Terdiam, terkejut. Isnin last saya jumpa dia masa meeting. Rabu cakap on phone pasal patient. Arwah meninggalkan 2 anak lelaki berumur 3 tahun dan 7 bulan. Mac 2017, anak dia yang sulung meninggal pada usia 5 tahun. Sebak, sedih. Umur sama saya, anak² dia baya anak saya. Teman sekerja, seperjuangan. Damailah engkau di sana.

Kejadian 2


Kemalangan masa dia pulang dari kerja pagi. Syif kerja pagi 7pagi hingga 2 petang. 5 Jun 2018, 20 Ramadhan. Saya terima berita 4 petang dari group whatsapp kawan² nurse masa belajar Kelantan. Saya tengok semua gambar, lesen mangsa semua tengok tapi langsung tak perasan arwah orang yang saya kenal. Saya tunjuk gambar pada kawan sekerja. Kemudian kawan saya hantar gambar arwah masa hidup. Saya tunjuk gambar pada kawan, kali kedua saya tengok spontan saya cakap saya kenal. Tengok balik gambar lesen arwah, ye betul orang yang saya kenal. Saya tahu birthday mereka suami isteri April. Kami satu group Runner. Suami dia sama sekolah dengan suami saya. Kami join sama² larian. Bila ada info tentang larian akan kongsi di group. Sama² tolong register. Bila event yang boleh join by group, harga lebih murah, kami akan join 4 orang. Mereka suami isteri dan kami suami isteri.

Gambar pertama dan terakhir kami

Kemudian suami dia update status whatsapp mengesahkan berita tersebut. Saya call suami, dia belum tahu berita ni. Dia pun terkejut. Sepanjang hari kami asyik bercakap hal mereka. Tengok lak gambar yang share, teringat kenangan kami. Last jumpa 29/4/18. Husband ada jumpa masa event bulan Mei. Saya ada message suami arwah, ajak join event 1/7/18. Nak join by group. Lebih murah tapi dia tak balas message pun. Banyak kali inform husband, saya marah dia tak reply. Dah jadi camni baru terfikir, ada hikmahnya. Kalau dia balas, kami daftar, kemudian hari event mesti rasa bersalah.

Kami Jururawat, bekerja menurut perintah. Beban kami, pertikaian kami, rintihan kami di dengari tapi keadaan masih sama. Kerja kami makin bertambah hari demi hari. Letih dengan tugas sebagai isteri dan ibu. Di tambah pula stress dari hal kerja. Semuanya bergabung, yang menjadi mangsa? Tapi siapa kita nak pertikaikan takdir ALLAH? Semuanya hanya penyebab.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...