Monday, June 11, 2018

Trip ke Entopia




Assalamualaikum dan salam sejahtera
Entopia ada buat promotion masa bulan Mac - April beli 1 tiket free 1 tiket. Harga asal untuk dewasa RM44.10, kanak-kanak umur 4-12 tahun RM26.10. Untuk promo ni kami bayar RM44.10 untuk kami suami isteri dan untuk Anas  RM26.10 free satu lagi tiket. Kami kongsi dengan kawan saya untuk tiket free Anas. Untuk keluarga kami bayar RM57.15. Auni percuma. Tiket sah guna sehingga 31 Mei. Sebab Mei dah nak puasa kami pergi ke Entopia 2/5/2018.




Plan dengan kawan saya jumpa di sana saja dalam 12 tengah hari. Kami bertolak agak lambat, jalan lak jem. Makan pun tak sempat. Singgah drive thru McD je bekalan untuk Anas Auni. Sampai sana kawan saya dah tunggu. Bagi MyKad kami suami isteri dan Mykid Anas. Dapat wristband dan boleh masuk. Parking kereta kat luar boleh kira berapa biji. Maksudnya tak ramai la orang kat dalam.


Memang tak dak orang pun. Kami jumpa staf saja. Pengunjung yang jumpa kurang dari 5 orang. Budak-budak memang huha la lari sana sini. Tengok rama-rama, labah-labah, serangga dan banyak lagi haiwan. Sambil-sambil tu kami bergambar. Nasib baik cuaca elok, Anas dan Auni pun mood elok sampai keluar. Anak kawan saya je hujung-hujung buat perangai.

Habis pusing dalam Entopia, kami pergi Tesco makan. Kami memang lapar. Hahaha.. Lepas makan bagi Anas Auni main di kidzoona sejam.

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...