Thursday, June 14, 2018

Photoshoot Raya 2018

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Salam Syawal untuk semua. Dah sampai akhir Ramadhan.
Tahun ni tahun ke5 saya guna kan khidmat Krypictures Studio untuk Photoshoot Raya. Saya berpuas hati dengan servis dan hasil kerja mereka. Selain dari lokasi berdekatan dan kedua-dua jurugambar dah lama kenal.
Tahun ni lewat sikit buat. Minggu akhir Ramadhan baru berkesempatan shoot. Itu pun 3 kali tunda tarikh. Mulanya sebab bertindih dengan tarikh iftar kat Olive Tree Hotel, then date kedua Anas Auni demam. Date ketiga baru proceed. Tu pun Auni masih badan panas dan flu.

Waktu shoot 9.30 malam, lewat 1 jam dari kebiasaan. Siap² pakai baju raya dari rumah. Bawa adik saya sebagai pompom girl 😆
11.30 malam baru selesai shoot. Gambar berempat tak banyak yang perfect. Pelbagai masalah, antaranya Auni tantrum, Anas kadang ok kadang tak dan pantulan cahaya pada cermin mata saya. Puas hati juga sebab banyak gambar dapat. Lebih dari 130++. Props pun banyak yang di gunakan. Habis shoot bagi pendrive dan terus transfer gambar. Auni terlena sementara tunggu transfer gambar.


Bayaran kali ni RM90. Kalan berminta nak buat cam saya dan berada sekitar utara boleh la jenguk IG dan FB mereka untuk set temujanji. Lepas raya pun masih boleh buat shoot seawal raya keempat. Selamat Hari Raya, hati² semasa memandu.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...