Day 2
6/8/18 - Isnin
Belanja hangus hari kedua
Kupon parking RM4
Magic World RM32
Makan RM30
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lepas solat Subuh, mandi, kemas kan diri kami ke cafe untuk sarapan. Bayaran hotel, kami amik sekali dengan breakfast. Breakfast dari 7 hingga 11 pagi di tingkat 1. Sampai je tingkat ni, Anas Auni sibuk nak masuk Play Area. Kami pilih meja dekat-dekat situ je. Senang nak ulang alik suap mereka makan. Breakfast makanan tak banyak sangat tapi okey la. InsyaAllah kenyang. Pagi ni ada menu nasi goreng, kuew teow goreng, sosej, chicken loaf, scramble egg, kacang peas, bihun/mi sup, roti putih / wholemeal, butter, aneka jem, tembikai kuning / merah, dan salad. Air ada jus oren, guava, coklat, susu dan plain water. Untuk minuman panas ada teh dan kopi. Yang bestnya ada coffee maker. Boleh pilih nak kopi jenis mana. Latte, mocha, coppucino, black coffee.
Lepas makan, naik bilik jap ambil barang. Gerak pergi street art. Pusing-pusing cari tempat nak letak kereta. 3 kali gak kot pusing. Dah dapat parking, turun cari kupon letak kereta. Kedai-kedai area situ ada je jual kupon. Jangan tak letak ye. Ramai sangat pekerja ronda naik motor, pakaj baju biasa dan saman kereta tanpa kupon. Kami letak kupon untuk 2 jam. Gamble je pusing cari gambar. Tak la jumpa semua pun. Anas Auni letak dalam stroller. Cuaca panas. Bawa la air masak nak hilangkan dahaga. Ada je jual air, buah tepi-tepi jalan tu.
Masa tengah cari spot street art, terjumpa la Magic World. Husband ajak masuk. Tiket RM16 seorang. Budak lebih 5 tahun kena bayar. Kat tangan ada RM50 je. Staf tengok Anas, dia kata tak yah bayar. Stroller parking tepi kaunter tiket. Kat dalam ni lebih kepada trick art. Mula-mula mirror maze. Cermin keliling dan kena cari entrance. Kami pernah masuk dekat the Top dulu. Lambat la juga nak cari jalan. Kena raba tengok betul ke tak cermin. Jangan jalan laju nanti berlanggar cermin. Ada staf kat situ. Dia akan tolong ambilkan gambar dah inform kedudukan kita camna. Upsise down pun ada.
Dah habis pusing akan keluar ikut Ice Cafe. Kafe yang kononnya di kutub utara. Tak la sejuk mana pun. Kecik je tempatnya. Orang lak ramai masa tu. Tak leh bergambar sangat. Nak bergambar pun tak banyak spot. Menu paling murah RM10. Boleh je bergambar tanpa makan dalam ni. Bagi je Anas Auni main jap dalam tu then turun sambung cari street art. Lepas jumpa kereta, kami gerak. Panas terik sangat. Masing-masing tak selesa. Husband pun dah pening kepala. Pergi drive thru Mcd beli lunch. Masuk bilik semua rehat. Saja nak bagi budak² letih saya bawa diorang ke play area. Tak nak bagi mereka ganggu husband nak rest sama.
Naik bilik semula tengok house keeping dah kemas bilik. Top up set minuman, tukar towel dan buang sampah. Paksa Anas Auni tidur. Petang bawa mandi pool. Sebelum Maghrib ajak masuk bilik sambung mandi dalam bilik. Lepas Maghrib keluar makan. Husband still pening kepala. Kami decide makan kedai semalam je. Lebih kurang je order menu semalam. Cuma saya tujar ambil nasi goreng kampung. Habis makan terus balik hotel rest. Anak-anak paksa tidur awal. Sebelum 12 semua dah lena.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)