Monday, August 13, 2018

Jalan-jalan Penang 2018 - Day 1 - Glow Hotel

Day 1
5/8/18 - Ahad

Belanja hangus 😅

Hotel : RM287.39 (3H 2M)
Tol Jambatan : RM5.60
Cas pelancong : RM4
Dinner : RM18


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Adhock plan namanya kali ni. Plan pun last minit je. Kebetulan memang nak cuti 6/8/18 sebab Anas Auni tak de sapa jaga. Mintak husband sekali ambil cuti. Rasa cam lama sangat tak cuti panjang rehat-rehat. Bajet tak banyak, dalam rm300 je. Nak senang ambil hotel kat Penang je. Mula² plan nak stay Batu Ferringhi tapi untuk 2 malam hotel yang ada pool semua over bajet. Tukar plan ambil hotel area Georgetown je. Jumpa la hotel under bajet kami dan ada pool. Guna kod Traveloka dapat lagi murah. Boleh la sekali kan dengan breakfast. Saya request untuk bilik katil queen instead 2 single bed.



Ahad 5/8/18 saya ada event di Komtar dari 11 pagi. Plan ngan husband untuk terus gerak ke hotel dari situ je. 1 petang, husband ajak check in. Dia dah bosan di event saya hadiri tu. Kami tau waktu check in 3 petang tapi just try our luck. Nasib kami baik, boleh terus masuk bilik. Cuma towel je kena tunggu 5 petang baru dapat. Proses check in sekejap je. Tak de orang pun. Ada 2 staf. Tunjuk details booking dan saya kena cbuat pengesahan yang saya book untuk 2 malam dan request katil queen. Lepas sahkan semua tu, kena bayar deposit RM100 dan cas RM2/malam untuk kerajaan negeri Penang. Kena inform nombor plat kereta. Kereta boleh park depan hotel atau belakang. Depan hotel limit sangat. First come first serve. Lobi hotel menarik. Design modern. Sofa dengan bantal colourful dan lukisan dinding.


Bilik kami tingkat 2. Boleh naik guna lif atau tangga. Lif kecil je. Muat 6 ke 8 orang je. Kami berempat masuk dengan luggage pun dah full. Nak ke tingkat bilik kita kena scan kad baru lif gerak. Masuk bilik, ada welcome gift atas katil, lolipop. Anas Auni paling seronok tengok lolipop. Husband nak rest, saya bawa budak² turun melawat pool area. Tadi masa naik tak nampak pun signage pool. Tanya staf kat luar katanya pool tingkat 1. Kecil je pool menghadap bar, gym dan kafe. Dalam bar ada play area. Bagi Anas dan Auni main kat play area. Belajar la mereka main congkak, dam, monopoly, chess dan banyak lagi mainan. Dah puas main, saya ajak turun ke lobi guna tangga. Rest jap kat kusyen situ. Pergi reception minta sejadah. Masa awal tadu husband call nak sejadah, dia suruh ambil di kaunter. Kata staf kaunter, mereka akan hantar ke bilik.


Lepas solat, husband bawa Anas Auni mandi pool. Saya memerhati je dari tepi. Masuk gak la gym try alat walaupun berkaki ayam. Lupa bawa sport shoes. Lepas 15 minit ajak semua naik. Budak² belum tidur, nanti malam mengamuk lak. Masuk bilik bagi makan then paksa tidur. Husband lak keluar cari makan lepas anak² tidur. Memang lapar sebab pagi tadi makan 10 pagi. Housekeeping datang hantar towel. Towel warna kuning. Biasa stay hotel towel putih. Towel lusuh dan koyak² bahagian hujung. Lepas Maghrib keluar cari makan. Husband google, mula nak cari Roti Canai Gemas Road. Dah sampai tutup. Check sekali waktu operasi, Isnin pun tutup. Selasa la nak try kalau sempat. Terus gerak cari kedai pilihan kedua Nana Tomyam.

Play area di bar hotel

Ikut Google Maps je dan jumpa Nana Tomyam. Parking area kedai tu je. Lepas 6 petang parking free, tak perlu kupon. Dan sila park dalam kotak parking kalau tak nak saman dengan MBPP. Kami order nasi putih 3, tomyam campur, sotong masak halia dan telur dadar. Pekerja masak depan tu je. Memang nampak cara masakan dan penyediaan. Cepat walaupun kedai full house. Sedap ke tak? Saya yang dah biasa rasa masakan orang Kelantan / Thailand, rasa sama je. Kena dengan tekak dan selera. Tomyam agak pedas. Telur sangat garing dan berminyak. Lepas makan ingat nak jalan-jalan area padang kota. Dah sampai, laluan depan laut sesak. Pusing patah balik hotel.
View dari reception hotel


Review saya berkenaan Glow Hotel (tak dibayar, jujur sebagai pengguna)
  1. Kemudahan yang di sediakan dalam bilik. LCD TV, telefon, plug banyak, air mineral, kettle bersih, 2 mug, nescafe, teh boh, sugar dan creamer. Sabun mandi wangi, shampu dan hand soap siap dalma botol. Tak boleh bawa balik. Amaun banyak. Pakai la sampai habis pun. Towel kuning tepi² koyak² sikit. Almari dan hanger. Peti besi, selipar, fridge. Depan katil ada ruang boleh tidur lagi 3 orang, muat la nak solat. Meja solek dan alamari juga ada.
  2. Bilik tak kedap bunyi. Boleh dengar orang luar bilik bercakap dan lalu lalang. Bilik guna air cond sejuk sungguh. Bantal 4 biji sangat empuk.
  3. Kemudahan hotel, pool, bar, gym, play area, bar dan cafe
  4. Hiasan di lobi cantik, fresh dan modern.
  5. Parking limited. Boleh je park tepi dan belakanh hotel tapi atas risiko sendiri. Depan hotel lebih selamat.
  6. Banyak gerai makan sekitar hotel. Kebanyakkannya kedai chinese. Happy mart ada depan hotel. Buka 24 jam. 

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...