Monday, February 11, 2019

6th Annual Blood Donation Campaign


Nampak banner ni terus ajak husband pergi. Semangat lepas berjaya donate tahun lepas. Event start 10 pagi. Kami gerak dari rumah lebih kurang waktu tu. Pergi makan dulu. Top up tenaga siap-siap. Parking kereta luar hotel. Tanya reception kat mana lokasi event. Tingkat satu, terus naik tangga sebelah receptionist.




Sampai di tingkat satu, ada beberapa booth di situ. Booth derma organ, saringan kesihatan, dan beberapa booth jualan produk. Nak derma darah kena daftar dulu. Bagi IC nanti staf situ tolong fill up form tapi saya tak bawa IC. Isi la sendiri. Buku derma darah pun tak bawa.


Lepas daftar, pergi timbang berat badan, dan tunggu turn untuk ke next stesyen. Duduk je kat bangku. Budak-budak PBSM akan bahagi nak ke meja mana. Husband dapat bahagian Hospital Kepala Batas, saya dapat bahagian Hospital sseberang Jaya. Pergi meja MLT untuk check Haemoglobin (Hb). Hb cukup baru check kumpulan darah. Walaupun dah maklumkan kumpulan darah, tapi sebab tak bawa buku, tetap kena check blood group.

Lepas check Hb dan Blood Group, tunggu lagi kat kerusi untuk jumpa Doktor. Doktor akan interview tentang sejarah hubungan seks, pregnant, breastfeeding dan lain-lain lagi. Dah lulus pergi meja sebelah untuk ambil bekas. Bekas tu ada letak kad, beg darah dan lain-lain. Pergi tunggu kat kerusi. Nanti tengok kerusi donor mana yang kosong boleh la pergi duduk. Saya duduk kat kerusi donor lama gak la. Tak de pun sapa-sapa pun nak datang cucuk.


Rupanya staf pergi break. Yang tinggap beberapa je. Tu pun busy semua. Husband dah nak habis pun proses kat balik sana. Anas Auni lari sana sini. Saya panggil la staf yang kenal minta cucuk saya. Rupanya dia takut nak cucuk saya. Dia tau saya kerja bilik ambil darah. Takut nanti cucuk tak dapat. Saya ok je. Rasanya baik dia je cucuk dari yang lain-lain.


Lepas cucuk dan prosedur lain-lainnya, saya di biarkan tunggu beg darah penuh macam amaun yang doktor tetapkan. Staf ada datang check blood bag kejap-kejap. Husband dah habis, bawa anak-anak tunggu kat luar. Semasa proses pendermaan darah, staf persatuan datang tangkap gambar semua penderma. Dah complete amaun darah masuk dalam beg, saya dibiarkan berehat dalam 15 minit. Staf bagi goodie bag. Masa nak kuar dari bilik pendermaan darah, dapat goodie bag dari pihak hotel lak.

Booth kat luar banyak dah tak de. Tinggal beberapa je lagi. Kami pun terus gerak balik lepas tu. Orang ramai lagi tengah queue untuk donate.

Isi dalam goodie bag. Husband dpt lain, saya dapat lain

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...