Tuesday, February 19, 2019

Bermalam di Hard Rock Hotel, Penang 2019



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Lepas cuti Tahun Baru Cina kami sempat check in HRH. Voucher beli di Matta Fair September lepas. Bilik Deluxe Hillview + breakfast untuk 2 dewasa, 2 kanak-kanak bawah 6 tahun. Masa beli voucher harga RM380. Rasa paling murah dah harga bilik tu. Biasa gak survey online. Harga biasanya rm500++ ke atas. Voucher masa beli sah laku hingga Mei 2019. Kat voucher memang ditulis tarikh² yang black out, hari yang dibenarkan dan pelbagai syarat lain. Kami decide untuk guna selepas habis Chinese New Year. Lepas tu saya call hotel tanya berkenaan cara nak guna voucher. Saya email ke HRH, attach gambar voucher dan beri maklumat peribadi dan tarikh nak check in. Saya request bilik dengan katil King. Selepas 24 jam saya dapat reply yang booking di terima. Kami terus apply cuti.

10 Februari 2019
Ahad
Baucar, luggage tag dan salinan boking

Kami bertolak dari rumah 1.30 petang. Sampai di Batu Feringgi 2.45 petang. Beli cucur kat gerai tepi jalan buat bekal sebelum nak dinner nanti. Sampai di lobi, potter datang collect luggage. Lepas tu dapat luggage tag dan serah masa check in. Husband parking kereta dan saya pergi kaunter check in. Tunjuk voucher dan beri Mykad. Lepas confirmation details berkenaan bilik. Saya diberi pilihan samaada nak bayar deposit atau bayar cas pelancongan saja. Deposit RM200 dan saya kata nak bayar RM3 je. Hahahaha.. Tak cukup duit. Bilik belum ready, kami diberi voucher untuk tea time di cafe. Sementara selesai urusan check in, kami dihidangkan mango juice. Sedap mango juice


                                    

Kami di bawa ke kafe untuk Hi Tea oleh staf HRH. Menu yang ada Mi goreng, dumpling, bread butter puding, buah dan bread. Air ada fresh orange dan plain water. Coffee maker pun ada tapi kami ambil coppucino tak keluar susu pun. Lepas kenyang makan, Anas Auni dah menyanyi nak terjun pool dan kebetulan telefon pun bunyi. Bilik dah ready, saya ke kaunter ambil kunci dan request hantar sejadah ke bilik.
Balkoni hillview


Bilik kami di tingkat 2, Hillview deluxe. Walaupun hillview, nampak juga pantai, laut dan kolam di bawah. Ada balkoni dengan 2 kerusi dan meja. Ampaian pun ada di balkoni. Dari pintu depan bahagian kiri ada toilet, shower dan sinki. Toiletteries, tisu tandas ,face towel, 2 towel dewasa, 2 towel kecil di sediakan. Dari sinki ada moveable wall. Kalau nak buka boleh, nak tutup pon boleh.

Bilik air, ini bahagian sinki
Tepi cermin kiri kanan ada pintu boleh buka tutup

Bahagian kanan ada wardrobe dengan bathrobe, hanger, safety box, laundry bax, 2 slipper. Sebelahnya ada mini fridge yang dipenuhi minuman dan bahagian atas fridge ada snack dan kelengkapan membancuh air panas. 2 gelas dan 2 botol mineral water. Pintu wardrobe full cermin. Senang nak bersiap dan selfie. Ada extra bantal di bahagian atas wardrobe.


Sebelah wardrobe ada tv 50 inci dan drawer. Bawah tv ada DVD Player dan BOSE sound system. Kad yang ada instruction nak guna sound system pun ada. Connect bluetooth di fon dan play lagu. Sound best dan terbaik.


TV ada banyak channel. Movie pun ada. Pilih nak tengok movie apa family type ke cartoon ke romance ke dan banyak lagi pilihan saya pun tak ingat. Boleh jugak tengok youtube, check flight, pilihan menu dan banyak lagi apps di Tv.


Bertentangan dengan Tv ada king bed dengan 4 bantal dan comforter. Kiri kanan ada side table dengan lampu. Remote contril tv di letakkan didalam kotak di bahagian side table kanan. Sebelah side table kanan ada 1 seater sofa. Depan sofa ada meja dan kerusi. Sesuai untuk letak laptop.

Remote control tv dalam box

Smartphone juga dibekalkan. Free call local dan international. Kami guna untuk buka youtube. Lepas tu connect dengan sound system bilik. Lantai cover dengan carpet. Lampu warna warni. Malap je rasa, nak buat kerja pun tak leh.


Lepas explore bilik, solat dan kami ke pool. Pool kena pakai swimming attire tapi saya tengok ramai je tak pakai. Pergi pool ambil towel sebut nombor bilik. Towel nak berapa pun boleh. Lepas tu di beri wrist band. Pakai la wristband sepanjang mandi. Nak elak orang luar datang mandi kot. Pool ada 1 je tapi luas dari hujubg ke hugung. Kedalaman berbeza. Yang depan-depan tu cetek je la untuk kanak-kanak. Siap ada pasir lagi dalam pool. Lepas tu ada 3 slide. 2 slide nanti jatuh ke pool yang 1.2m, satu lagi pool untuk adult. Dalam sikit. Tapi Anas naik je semua pool. Dia pakai pelampung siap-siap.


7 malam baru kami masuk bilik. Plan nak tengok sunset. Dari pool HRH ada pintu untuk ke pantai. Masa saya pergi tu sangat panas. Pool boleh mandi sampai 9 malam tapi sebab kami belum solat Asar, kena la naik. Mandi, solat dan keluar cari makan malam. Saya dah aim nak makan kat Becha Lama. Tutup lak kedai tu. Anas dan Auni dah tertidur dalam kereta. Kami beli di kedai are hotel dan bungkus makan dalam bilik.



Elok sampai bilik, Anas pun bangun. Kami makan dekat balkoni sambil tengok bunga api. Lepas makan Anas ajak turun tengok live band. Dari balkoni dengar orang menyanyi. Best tengok live band. Anas ajak naik lepas 3 lagu. Kami naik atas, husband baru nak keluar bilik bawa Auni. Auni dah bangun. Kami lepak tengok live band sampai habis. Dah habis baru gerak masuk bilik. Masuk bilik dengar lagu dari youtube dan download video guna wifi. Wifi hotel sangat laju.


11/2/2019 - Isnin


Breakfast dihidangkan seawal 6.30 pagi. Kami turun makan lepas Solat Subuh. Anas Auni masih tidur. Pilih meja yang 6 kerusi dan baringkan mereka di kerusi. Banyak pilihan makanan. Air je lebih dari 4 jenis belum masuk yang coffee maker lagi. Ada nasi lemak, bihun / mi / kuetew goreng, egg station (scramble/ pouch dll), pizza, mi/bihun sup, mashmallow deep in coklat, buah, cereal, pau, roti, muffin, wafel, penkek dan banyak lagi.


Lepas sejam kami naik atas. Husband bawa Anas Auni mandi pool dan saya kemas barang untuk check out. 11.15 pagi saya turun check out, then simpan barang dalam kereta. Lepas tu tunggu la diorang habis mandi. Banyak kerusi di sediakan di tepi pool. 4 petang baru Anas stop mandi. Tu pun sebab dia complaint lapar. Kalau tak, tak naik jugak. Auni awal lagi dah surrender. Luar pool ada toilet
untuk mandi dan bersihkan badan. Lepas mandi kami ke Wendy untuk makan.



2 comments:

  1. kenapa dia bg pilihan deposit atau cas pelancongan ye ?

    ReplyDelete
  2. Yana : maaf saya silap. Cas pelancongan memang kna bayar rm3 semalam. Cuma deposit, buka compulsory nak byr ke tak. 😀

    ReplyDelete

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...