Monday, April 27, 2020

Review Filem Korea: Parasite

Filem ni hanya 18 tahun ke atas sahaja sebab mengandungi unsur2 yang tak sesuai untuk tontonan Kanak-kanak 


Drama ni mengamuk merata orang viral last year. Masa tu tengah belajar. Cerita kat husband. Dia tengok dulu, pastu dia kata best tapi sampa ke sudah belym bernafsu nak tengok. 2,3 hari lepas sampai seru nak tengok. Nonton le kat apps henpon ni. 2 hari gak baru habis. Banyak. Iklan masa tengah menonton. Ok la best. Boleh bagi 8/10. Sejak 30an ni emmang cari drama filem yang bukan kisah cliche. Kisah kekeluargaan, ketamakan dan kisah benar. Jom saya review sikit.

Sinopsis
Mengisahkan keluarga Kim, Kim Ki Taek seorang ayah yang miskin dan tidak mempunyai pekerjaan. Ki Taek tinggal bersama isterinya Choong Sook, anak lelakinya Ki Woo dan anak perempuannya Ki Jung. Mereka tinggal di bawah tanah yang kotor dan berbau.
Mereka mencari rezeki dengan membuat pekerjaan seperti melipat kotak pizza. Kemudian pada suatu hari, rakan Ki Woo menawarkan pekerjaan sebagai tutor Bahasa Inggeris kepada anak perempuan keluarga kaya iaitu Keluarga Park. Ki-woo ni pun setuju selepas kawan dia puas pujuk.
Lalu, Ki-woo yang tak ada pelajaran, tak ada sijil semua, dia pun suruh adik dia iaitu Ki-jeong tu untuk reka satu sijil palsu supaya senang Ki-woo nak pergi interview kat rumah orang kaya tu nanti. Ki-jeong pulak rupa2 nya ada bakat editing. Ki-woo pun berjumpa dengan mak kepada bakal pelajar tuisyen nya itu di rumah banglo mewah itu, sambil tunjuk sijil palsu nya dan Ki-woo pun berjaya jadi cikgu tuisyen kat anak perempuan orang kaya itu.
Si Ki-woo ni tahu yang keluarga orang kaya tu sangat naif, sangat baik, dan sangat lurus! Lalu, bermulalah permainan taktik kotor dan jahat di mana Ki-woo nak bawak masuk sorang demi sorang ahli keluarga nya yang miskin itu masuk bekerja ke dalam rumah banglo mewah orang kaya itu. Dia memperdayakan keluarga kaya tu.
Keluarga kaya pulak main percaya je membabi buta. Ki-woo mula2 recommend Ki-jeong supaya jadi cikgu pendidikan seni kepada anak lelaki bongsu keluarga kaya itu. Lepas tu, Ki-jeong pulak recommend ayah dia untuk jadi driver kepada Mr. Park, dan gunakan taktik jahat supaya driver lama Mr. Park dibuang kerja. Dan akhir sekali, 3 beranak keluarga miskin tu gunakan taktik jahat sekali lagi untuk pastikan orang gaji rumah banglo orang kaya tu kena buang kerja, supaya diorang dapat recommend mak dia pulak untuk jadi orang gaji yang baru.

Ok, sampai situ je saya review. Kena cari movie ni dan tonton. Ada banyak lagi elemen surprise (kejutan) yang tak di sangka. Mesej sosial filem ini sangat jelas. Hanya kerana KETAMAKAN, maka yang baik pun boleh jadi jahat. Dan manusia sanggup buat apa saja bila dah tamak lagi-lagi dengan wang ringgit dan kekayaan. 

Selain itu, cerita ni sangat menitikberatkan KEKELUARGAAN. Seorang ketua keluarga sanggup buat apa saja untuk melindungi ahli keluarga dia daripada sebarang ancaman dan bahaya. Tak kisah lah keluarga tu orang kaya ke, orang miskin ke, orang berpelajaran ke, orang tak berpelajaran ke, semua nya sama sahaja. Demi keluarga, si ayah sanggup buat apa saja walaupun terpaksa melanggar batas sempadan kemanusiaan.



No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...