Monday, July 13, 2020

Review Drama Korea : The K2


Assalamualaikum dan salam sejahtera, 
Jom baca review drama Korea terbaru yang saya dah habis tengok. Drama ini penuh aksi, lawan, kisah politik dan orang kenamaan. 

Sinopsis 

Kim Je Ha adalah seorang bekas askar upahan untuk PMC Blackstone. Ketika dia bertugas di Iraq, Je Ha telah dituduh membunuh kekasihnya, Rania. Disebabkan itu dia telah melarikan diri dan menjadi buruan. Je Ha kembali semula ke Korea Selatan dan mendapat tawaran bekerja sebagai pengawal peribadi oleh Choi Yoo Jin iaitu pemilik JSS security company dan merupakan isteri kepada calon presiden Jang Se Joon. Je Ha telah menerima tawaran tersebut untuk mencari peluang membalas dendam kepada seorang lagi calon presiden iaitu Park Kwan Soo yg telah mengarahkan untuk membunuh kekasihnya. Dalam pada masa yg sama, Je Ha ditugaskan menjaga Go Anna iaitu anak perempuan Jang Se Joon yg identitinya disembunyikan. 

Drama ini complicated dan penuh dengan aksi serta storyline yg sangat kuat. Tapi saya macam kecewa dengan endingnya. Cepat sangat semua manusia jahat tu mati. Then, mati camtu je? Heheheh.. Pendapat saya je la. Tapi saya suka drama ni. Mendebarkan nak tunggu endingnya. 

1 comment:

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...