Friday, July 17, 2020

Review novel : Kuingin Cintamu


Assalamualaikum dan salam sejahtera, 
Lama rasanya tak post entri tentang review novel. Kisahnya banyak menonton drama Korea, hobi baca novel, letak tepi jap. Ni dah jemu dengan drama, pegang novel balik. Tapi novel yang satu ni memang berat nak teruskan. Banyak betul halangan. Plus permulaan cerita novel ni agak slow. Mungkin dah berusia, otak jadi slow 😅

Sinopsis

Kisah Humaira yang bertemu Damyral di China ketika bercuti untuk mencari idea penulisan novelnya. Mereka jatuh cinta pandang pertama. Malangnya hubungan mereka tidak lama bila Humaira memutuskannya. Dan Humaira terus bertukar pasangan seiring dengan penambahan novelnya. Baginya dia perlukan cinta baru untuk idea-idea didalam plot novelnya. Malangnya pasangannya untuk novel ke7, Azril mengejarnya hingga menyebabkan dia melarikan diri ke utara bersama kembarnya. Di siti dia beejumpa Damyral semula. Mereka kembali menjalinkan hubungan tetapi kembarnya juga jatuh hati pada lelaki yang sama. Tegakah Humaira memilih lelaki atau kembarnya? Di Utara, mereka menemui pelabagi lagi rahsia mengenai mereka, ibu nya, dan rahsia ayahnya. Manakala Azril masih memburu Humaira dengan bantuan seseorang. Siapakah orang itu?

Berjaya juga saya menamatkan pembacaan. Rasanya 3 bulan juga baru selesai. Banyak sangat typo nama dalam ni. Mungkin penulis atau editor tak perasan sebab wataknya nama seakan serupa, Humaira, Huwaida, Huwaifa, Munirah, Shahirah. Lain2 ok je. Saya bagi 3 bintang. Nak let go, sapa nak komen di bawah ni ye. 😊
Bayar duit pos je. 


0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...