Monday, November 1, 2021

Birthday Staycation 2021 - Lost Paradise Resort

Sekitar kawasan Resort

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tahun ni birthday saya, kami bercuti dalam Pulau Pinang. Kisahnya masa booking ni bulan September, Malaysia masih mood PKP dan larangan rentas negeri. Pilihan terbaik di Batu Feringgi je la. 2 minggu sebelum Birthday, PM umum boleh rentas negeri. Tak kan la nak cancel even belum buat bayaran. Husband pun cakap proceed je. 

Saya PM FB Lost Paradise Resort (LPR) tentang promo harga frontliner. Kena buat few steps yang diminta untuk dapat harga frontliner. Lepas dah buat semua step, saya check availability room yang saya nak dengan date kami nak check in. Confirm date dan saya terima confirmation email. Tiada bayaran yang perlu dibuat selagi tak check in. Seminggu sebelum check in, saya call ke hotel untuk check booking saya. 

3 hari 2 malam RM440
Deposit RM50
Grand Family Suite 

sebelah bilik kami

Ahad 24 Oktober 2021

Pagi tu kami celebrate birthday saya dalam rumah dulu.
Selepas makan tengah hari kami teruskan perjalanan ke hotel. Hujan dan kenderaan agak banyak. 2.30 petang saya terima call dari hotel nak confirm saya check in ke tak. 3 petang sampai hotel. Saya terus ke Reception. Cepat je proses. Bayar deposit then terus dapat kunci bilik. Parking sekitar bilik je. Saya ada masalah buka pintu bilik. Pergi reception balik. Rupanya saya silap pintu 😌

Buka pintu nampak ruang menonton

Anas pelik sebab nampak lain dari hotel-hotel lain yang kami pernah check in. Ini resort bukan hotel. Bilik kami ada 1 katil king dan 2 katil single. Ada sofa panjang depan televisyen yang ada limited Astro channel. Konsep perabot dalam bilik seperti di Bali. Peti sejuk 1 pintu, almari baju dan iron disediakan. Set teh dan kopi berserta cerek, toileteries basic turut ada. Wifi dalam bilik juga ada. Cuma password kena minta di reception. Tak de telefon dalam bilik untuk bertanya. Di hujung sekali ada bilik air yang besar. Ada bath tub dan 2 sinki. Anas Auni pilih katil memasing dah. Selepas solat Anas Auni nak mandi kolam. Buka je pintu tengah ni memang boleh terus terjun kolam kanak-kanak.

Katil king. Depan katil boleh buka pintu terus direct Pool

Tukar pakaian dan teman Anas Auni mandi. Kids pool ni dalam juga kalau biar diorang mandi. Setinggi leher Anas. Memang kena ada pengawasan orang dewasa. Tiada lifeguard di sini. Kecil je kolamnya. Kolam dewasa lebih panjang dan besar. Tak de limit pun berapa orang nak masuk. Tapi kami mandi di pool depan bilik je. Pool dewasa tengok ramai orang. Tapi tadi nampak ramai orang masuk pool kanak-kanak, saya ajak Anas Auni masuk bilik. Nasib la diorang pun ikut cakap.

Toilet besar. Ada 2 sinki, bath tub dan toilet bowl

Masuk bilik sambung mandi dalam bath tub. Air slow je nak penuhkan bath tub tu. Tak sampai separuh pun diorang tak nak dah mandi. Masing-masing lapar lepas berendam. Habis kan roti dan jajan. Selepas solar Asar, kami keluar bergambar di sekitar hotel. Tapi Anas Auni lebih seronok main permainan sekitar hotel. Kami laki bini je bergambar. 

hujung tu 2 katil single, pintu kayu ni untuk ke Pool
 dan belakang Auni tu pintu ke toilet

Lepas solat Maghrib, terus keluar cari kedai makan. Husband dah survey awal kedai nak pergi. Sesak juga jalan. Kami pilih Lan's  Corner. Ramai recommend sotong celup tepung. Mulanya nak order nasi goreng dan add on SCT tapi goreng-goreng dan western tak de. Kami order nasi putih, siakap sederhana bakar, sup ayam dan SCT. Anas Auni pergi main gelongsor yang ada dalam kedai. Seronok main sebab memang dah lama tak pergi playground. Dah start hujan masa ni. Yang makan di luar semua pindah masuk dalam. Lama juga tunggu sebelum makanan kami sampai. 

menu dinner malam pertama kami

Sotong sampai dulu. Memang sedap. Suap Auni, dia makan non stop dan asyik puji sedap. Husband order lagi satu tambah. Then nasi dan lain-lain sampai. Ikan siakap sangat lembut. Dibakar tanpa tulang. Cuma kuah pedas dan tak de rasa sangat. Sup ayam pun sedap. Orang dah mula ramai masa ni. Ramai yang menunggu meja kosong. Saya suap Anas makan. Auni makan sotong je. Dah habis makan, sotong tak sampai lagi. Husband minta kami tunggu dalam kereta dan dia tunggu sotong. SudahNya husband cancel sotong sebab pekerja kedai kata memang lambat lagi nak siap. Pekerja kedai pun ok, pakai mask elok. Lepas tu kami pergi McDonald's sebab dah janji nak beli fries kat Anas. Then, balik bilik. Rest dan tidur. 

Rasmi bathbomb baru beli

Isnin 25 Oktober 2021

Selepas solat Subuh, husband sambung tidur. Saya keluar jalan-jalan sekitar resort. Ramai juga penghuni resort di luar ambil angin. Cuaca elok. Saya masuk semula bilik. Dekat luar budak-budak dah mula mandi pool. Saya buat kopi dan enjoy me time mandi bath tub 😌 
Kejutkn Anas Auni, biar diorang mandi bath tub. Masa ni saya discuss dengan husband aktiviti hari ni. Plan nak pergi The Habitat Penang Hill. Boleh la claim sekali tiket free saya menang giveaway. Nanti saya cerita tentang THPH di entry lain.

Explore The Habitat

6 petang kami sampai resort. Anas Auni tak sabar nak mandi pool. Saya dan suami bergilir monitor diorang sebab kami nak solat. Lepas saya solat, saya pun join diorang mandi. Azan Maghrib je terus stop mandi dan masuk bilik. Anas Auni sambung mandi bath tub. 8 malam kami keluar cari dinner. Stop di Taring Cafe. Dah masuk duduk, nampak banyak belum dapat makanan. Paatu pekerja pun 3 orang je dan kelam kabut. Menu pun 4 je available walaupun dalam menu list banyak. Husband ajak pergi kedai semalam.

Menu dinner malam kedua

Di kedai semalam, Lan Corner Ikan Bakar, kereta banyak. Meja didalam semua penuh. Meja kat luar 2 je kosong. Masa staf bagi buku menu, kami terus ordee tanpa lihat menu sebab nak cepat. Order yang sama cam semalam, tukar sup pada tomyam je dan tambah sotong goreng tepung. Dengar staf tu inform pelanggan meja sebelah yang baru sampai, waktu menunggu lama. 60 ke 90 minit. Semu yang datang selepas kami pelayan sebut camtu. Minuman kami sampai Selepas 30 minit dan makanan 50 minit selepas order. Anas Auni tak kisah lapar dah sebab seronok main playground.

Dari mlm pertama Anas nak bergambar depan ni

Kami berdua je makan. Anas Auni memang tak nak. Tomyam kurang sedap. Ikan hari ni banyak tulang lak. Beza dengan semalam. Lepas makan pergi McDonald's beli fries untuk Anas Auni. Husband tak nak diorang bising lapar malam ni sebab diorang langsung tak makan. 11 malam gak kami sampai bilik semula. Rehat dan tidur.

view selepas Subuh Hari ke3

Selasa 26 Oktober 2021

Bangun solat Subuh dan saya dan suami jalan-jalan di luar tunggu matahari terbit. Then masuk kemas barang dan minum air panas 3in1. Selesai kemas barang kejut Anas Auni mandi kolam. Saya dan suami bergilir teman mereka sambil masukkan barang dalam kereta. 11 pagi Anas Auni masuk dan sambung mandi bath tub. Tepat 12 tengah hari kami check out. Deposit di pulangkan dan kami meneruskan ke destinasi seterusnya iaitu shopping di Gurney Plaza sebelum ke hospital untuk vaksinasi Booster dose.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...