Thursday, November 4, 2021

Review Drama : Beyond Evil



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
2 minggu saya ambil untuk habiskan menonton drama ni di Netflix. 16 episod semuanya. Permulaan agak slow tapi pertengahan menarik dan ending bagi saya biasa je.
Lakonan 2 male leads Shin Ha Kyun dan Yeo Jin Goo sangat intense gila. Bila ada dua male leads mereka seolah compete untuk nak menang. So kat situ kita tengok cara lakonan yang sangat bersungguh-sungguh. Lakonan SHK sebagai Lee Dong Sik yang kehidupan nya penuh tragedi sehingga kita confuse watak dia ni waras ke gila, baik ke jahat? Punyalah real emosi lakonan dia sampai saya rasa nak masuk dalam drama tu nak pujuk Lee Dong Sik kesiannya kehidupan awak tersiksa bertahun bertahun dengan tragedi yang silih berganti dalam hidup.  

Sinopsis

Beyond Eveil mengisahkan sorang polis di sebuah kampung yang disalah faham dah pernah dituduh membunuh adiknya sendiri 20 tahun lepas. Kemudian dia dapat partner polis bandar yang ada agenda sendiri dan polis bandar ini selalu berperasangka buruk kepada partner baru dia. Walaupun mereka selalu bertekak, mereka tetap protect melindungi satu sama lain dan setiap episod mereke lebih saling mengenali . Sehingga suatu masa ..bila rahsia yang tersimpan lama terbongkar,  dah ketika itulah bertambah emosi dan intense.

Saya berjaya habiskan semua episod kerana nak tahu siapa pembunuh sebenar kes 20 tahun lalu. Mula-mula teka A then B then C. Lagipun best layan sebab takde cinta cintun.


No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...