Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bulan Julai 2020 saya ada beli pakej ni di website Sunway. Dengan harga RM499 kami dapat :
Penginapan 3H 2M di Deluxe King Sunway Piramid Hotel
Breakfast 2 dewasa dan 2 kanak-kanak
Tiket masuk Sunway Lagoon 2 dewasa dan 2 kanak-kanak
Baucar bernilai RM200
Masa beli dah booking untuk date bulan Oktober 2020. Disebabkan isu covid, tak leh rentas negeri, PKP dan sebagainya postpone ke Disember 2020 then Mac 2021 then Jun 2021. Akhir sekali Sunway email yang program tu dipanjangkan hingga Disember 2021. September dah boleh rentas negeri, so saya decide pergi masa birthday husband 8-10 Disember 2021.
8/12/2021 - Rabu
Tol RM80
Kami bertolak di rumah jam 7 pagi. Dari semalam Anas dah demam. 10 pagi stop RnR Tapah, tekan duit, top up touch n go dan breakfast menu Nasi lemak, nasi ayam dan nasi goreng. Destinasi pertama kami ke Decalthon. Misi nak mencari baju renang untuk Anas. Barang banyak habis kat sini. Husband ajak pergi cawangan lain. Auni bising kata lapar. Beli Marrybrown, set burger. Bagi dia makan dalam kereta. Kami ke cawangan Shah Alam. Lebih besar dan banyak pilihan. Tapi baju renang masih tak de saiz 😂. Sudahnya saya ambil kasut sukan dan aquashoes. Selain tu tuala, Kasut hiking untuk Anas dan Auni. Total harga RM187
![]() |
Kasut Anas Auni RM49 Kasut saya RM45 dan RM19 Towel rm25 |
Keluar dari Decathlon, hujan lebat. Terus drive ke Sunway Pyramid Hotel. Husband park di lobi dan saya uruskan check in. Tak de orang masa saya di kaunter. Saya ada email request bilik menghadap park tapi tak de reply. Saya tanya di kaunter, kena tambah RM30/night. Saya setuju tapi bilik not available. Lepas tu saya kena isi pilihan menu untuk breakfast selama 2 hari ni. Ada 3 pilihan je. Set omelette dan nasi lemak. Air kopi, jus dan teh. Menu yang sama dua-dua hari. Breakfast untuk 4 pax. Makanan akan dihantar ke bilik mengikut waktu yang saya pilih.
Pilihan breakfast |
Selesai urusan breakfast, parking lak. Untuk 3 hari 2 malam, kena bayar RM25.45. Parking di basement dan boleh keluar masuk sesuka hati. Parking automatik. Tak perlu kad, masa masuk parking ada detector detect plate number kereta. Then, staf di kaunter bagi tiket masuk ke sunway Lagoon untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak beserta 5 baucar untuk ditebus sehingga 31 Disember. Tiada deposit yang diminta. Selesai semua masuk kereta dan pergi parking. Kami gerak sekali ke bilik dari basement.
Bilik kami di tingkat 6. View menghadap bangunan. Lantai full carpet kecuali depan toilet ada vinyl floor. Toilet ada 3 bahagian. Toilet tanpa paip. Sinki bercermin dan shower yang ada support untuk warga emas / OKU. Shower disediakan 2 in 1 shampoo dan bodywash brand Tanamera. Di sinki hand soap juga brand yang sama.
Ada hairdryer juga di area sinki selain dari dental kit, shower cap dan sanitary bag. Pastu ada wardrobe. Dalam wardrobe ada hanger, steam iron, iron board, security box, torchlight dan selipar diaposable
Katil King dengan 4 bantal memghadap LCD Television dengan basic Astro channel. Kiri kanan katil ada side table dan side lamp. Ada juga desk phone, note pad dan pen. Kerusi rehat dan meja juga ada tepi katil. Tepi TV ada meja. Atas meja ada tea and coffee set. Bahagian bawah ada mini fridge. Banyak suis dalam bilik. Penunjuk arah kiblat juga ada. Overall saya puas hati. Bilik besar, luas dan selesa.
Rehat, mandi dan solat. Lepas solat saya keluar ke Sunway piramid Mall. Saja jalan sorng-sorang je dah Anas demam. Sambil-sambil tu nak redeem sekali makanan dan minuman. Luas mall ni. Saya masuk beberapa kedai je. Singgah Watsons beli barang, Aunties Anne's beli sosej dan redeem croissant dari baucar yang dapat masa check in.
Balik bilik rest, solat dan makan. Husband lak keluar pergi mall. 11 malam semua tidur.
9/12/2021 - Khamis
6.45 loceng bunyi. Breakfast di hantar ke bilik. Lepas breakfast, siap-siap barang nak masuk dalam Sunway Lagoon. Kejutkan Anas Auni untuk mandi dan makan. Badan Anas dah tak panas dan dah aktif. 9.50 pagi saya ke kaunter penebusan tiket. 2 kaunter je buka. Lambat la juga sebab yg di kaunter tu sorang beli banyak tiket dan sorang lagi tak buat preparation. Preparationnya sediakan semua mykad dan mykid semua yang nak masuk SL dan cash / kad / baucar. Dah dapat wrist band, beratur untuk masuk. Masa beratur ni ada yang tolong pasangkan wristband. Ada sesi checking beg. Kami bawa stroller, beg galas dan box. Box transparent, staf tu tengok je. Beg dia tengok je masa husband buka. Kalau nak selit apa-apa boleh je 😂
Dah masuk dalam SL, kami menuju ke wildlife park dulu. Tengok haiwan-haiwan dalam ni. Ada ular, flamingo, singa putih, racoon dan burung. Tak banyak haiwan cam Lost World of Tambun. Keluar dari Wildlife Park, Auni lapar, kami pun dahaga. Masuk Marrybrown beli burger, ayam dan air. Lepas makan kami sambung perJalanan ke amusement park dam scream park. Anas nak sangat masuk scream park. Sampai depan Sharknado Alive, Auni tak boleh masuk sebab tak cukup umur. Had umur 7 tahun ke atas. Anas nak sangat masuk, so husband dan Anas je masuk saya dengan Auni tunggu di luar. Sempat la bagi Auni main carousel dan playground.
Anas dan husband keluar dari Sharknado Alive kami jalan sekitar nak tengok ride apa yang boleh naik. Roller coaster dan seangkatan dengannya saya blacklist. Husband pun tak nak even Anas nak naik. Kami pergi ke suspension Bridge. Jambatan gantung yang panjang. Suku je jalannya sebab Anas dah gayat. Lepas bergambar, patah balik turun semula. Tukar baju siap-siap dekat toilet bawah ni. Beli air mineral kat sini RM4.50 botol kecil.
Lepas salin baju terus ke water park. Tukar-tukar mandi jap di wave pool, jap ke lake kariba jap ke little zimbabwe. Pastu kami round zambezi river dengan pelampung. Pastu Tetiba hujan lebat. Husband lapar, dia cari subway. Anas Auni sambung mandi tempat-tempat tadi. Saya lak belek maps, rupanya ada banyak lagi kami beluk pergi. Dah 3 petang masa tu. Water park side belah sana belum terjah, Nickelodeon Lost Lagoon belum lagi, xtreme park belum lagi. Slide pun banyak belum try.
Anas dah bising-bising nk pergi mandi tempat Spongebob. Auni lak dari tengah hari start sakit perut. Ulang alik toilet je kami laki bini bawa dia. Hujan dah reda sikit husband nak naik Cameroon Climb dengan Anas. Saya tunggu bawah. Lepas tu kami berjalan ke Lost Lagoon. Elok je sampai hujan lebat. Lari-lari kami nak sampai atas tu. Elok je sampai lifeguard tak benarkan semua mandi. Sapa yang tengah mandi kena naik. Kami pun tunggu la situ. Masih hujan lebat beserta petir guruh kilat.
Husband sembang dengan lifeguard katanya tempat ni keras. Kalau time hujan mandi nanti ada la budak lemas, luka, jatuh dan tetiba menjerit. Sebab tu dia tak benarkan mandi. Kami turun semula dan lalu ikut laluan Xpark. Xpark ni aktiviti extreme. Ada yang kena bayar. Masa kami lalu tak de orang kat sini. Lastly kami lepak di Surf Beach je sampai 5.45 petang. Then tukar baju dan balik hotel.
Sampai hotel, Auni masih sakit perut. Mandi dan solat. Selepas Maghrib, kami keluar dinner di kedai request by husband, Williams Corner. Sebab hari ni birthday Husband, layan je. Lagipun memang dah lama tak datang makan di kedai ni. Sampai kedai tengok tak ramai orang, kami pergi dobi dulu baju-baju basah dan baju yang dah pakai. Lepas dobi, sampai kedai order makanan. Ikut menu Anas Auni request. Sebab portion besar, tak nak bazir.
Habis makan, pergi dobi dan keringkan baju yang dah siap basuh tadi. Badan Auni dah start panas. Nasib la ubat Anas masih ada. 11 malam semua tidur.
10/12/2021 - Jumaat
Pagi ni tak sedar jam berapa breakfast sampai. Subuh pun lewat. Menu sama. Cupcake je ganti dengan croissant. Kemas-kemas baju bersih, kotor dan barang-barang. 11.30 pagi kami check out. Masa di kaunter check out, saya ada tanya tentang parking. Parking yang dibayar valid hingga 12 tengah malam. Plan hari ni nak setelkan baucar-baucar yang dapat masa check in. Total dapat 5 baucar. 1 baucar saya dah redeem semalam. Redeem croissant je semalam masa jalan-jalan seorang diri. Baki lagi 4 nak redeem.
Sebelum masuk Sunway Pyramid, saya dah survey location keempat-empat tempat ni. Future Land dan Bowling di aras yang sama. Sebelah-sebelah je. Kami masuk Future Land dulu. Ada 1 family lain tengah redeem. Ken tunggu la sekejap sebab pekerja seorang je. 2 orang boleh naik 2 ride. Anas nak naik dengan abahnya. Yang Anas boleh naik VR Family dan Flight Simulator. Diorang naik VR Family dulu. Lepas naik, husband pening, berpeluh-peluh dan katanya nak pitam. Next ride saya yang naik dengan Anas. Anas seronok naik dua-dua ride.
Lepas masuk FL, Anas Auni lapar. Kami pergi makan Burger King di level yang sama. Dah habis makan smbung redeem voucher. Masuk bowling lak. 2 orang leh main sorang 1 game. Saya dan husband la main. Bayar untuk sewa kasut RM3 sepasang. Stokin memang siap-siap bawa. Saya baling 2 kali je. Lain-lain Anas Auni yang baling. Biar la bagi diorang seronok. Lepas main bowling kami pergi redeem air Tiger Sugar lak. Dapat 2 cup Brown Sugar Boba Milk with Cream Mousse. Sedap
Lepas main bowling, Anas Auni request nak Mcd. Kami terus ke Mcd. Lepas makan kami teruskan misi menebus. Last voucher adalah ice skating tapi husband cakap malas nak main. Dia still rasa pening dan loya yang tadi tu. Saya pun tak berani main. Kami pergi ke kaunter ice skating dan bagi je baucar dekat yang beratur tu. Setel semua baucar kami terus gerak balik Pulau Pinang. Masa ni dah jam 5 petang. Kereta banyak di jalan raya dan lebuh raya. 12 tengah malam baru kami sampai rumah.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)