Friday, January 7, 2022

Review Drama : Witch at Court


 

Jom check drama terakhir saya tonton di tahun 2021. Witch at Court. Kisah peguam selesaikan kes jenayah di samping hal keluarga.


Sinopsis

Ma Yi Deum bekerja sebagai pendakwaraya selama 7 tahun yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menang di Makhamah. Dia juga gemar menyelesaikan kes-kes berprofil tinggi yang mendapat perhatian media. Di sebabkan satu kes, dia dipindahkan ke unit Keganasan wanita dan Kanak-kanak di bawah Min Ji Sook. Di unit tersebut dia perlu bekerjasama dengan Yeo Jin Wook, seorang jenior dalam dunia guaman. jin Wook juga adalah jirannya merangkap tuan rumahnya. Selepas beberapa kali mereka bekerjasama, Ma Yi Deum mula selesa dengan Jin Wook.Dalam masa yang sama Ma Yi Deum berusaha mencari ibunya yang tiba-tiba hilang semasa dia kecil. Semasa menyelesaikan kes dia terjumpa beberapa petunjuk kepada ibunya. Tetapi ia tidak semudah itu bila ia melibatkan orang atasan.


Berjayakan Ma Yi Deum berjumpa ibunya? Siapakah dalang di sebalik semua yang berlaku?


No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...