Thursday, January 27, 2022

Review filem : Eternals

 


Tak perasan pun filem ni dah keluar. Biasanya saya ni follow la jugak filem Marvels. Tak de la die hard fan. Rasanya semua filem Marvel saya follow. Tapi sejak Disney Hotstar dah tak ikut. Cam laju sangat. Loki dan Black Widow pastu tajuk apa ntah yang not familiar. Eternals ni pun ternampak di group Telegram. Hujung minggu tengah lipat baju, boleh la layan. Tengok preview je dulu. Watak semua tak familiar. So baca ulasan, sinopsis di Facebook. Dah nampak rentak baru layan movie. Baru la faham kisahnya. 


Sinopsis

Mengisahkan tentang sekumpulan pahlawan dari luar angkasa yang telah melindungi Bumi untuk menentang Deviants sejak awal peradaban manusia. Selepas Deviants lenyap, mereka berpisah dan meneruskan hidup masing-masing. Selepas 7000 tahun, Devians muncul dan Eternals harus bersatu kembali untuk menyelamatkan manusia dan bumi.


Filem ni 2 jam. Kalau nak tonton di panggung dengan anak-anak dan husband tak kot. Mereka pasti bosan. Kat rumah ni pun banyak pause. Sidai baju la, angkat baju, lipat baju, solat, makan, layan anak dan banyak lagi aktiviti yang kena buat. Even banyak kali pause, paham je jalan cerita.


Untuk pengenalan, movie drag kenalkan watak-watak. Tapi biasa la. Kalau tak, tak paham. Cuma part gay tak perlu la masukkan. 

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...