Monday, January 31, 2022

Review Filem - Shang-chi and the legend of the ten rings


Tak jemu rasanya tengok Filem Marvel Studio ni. Bila dh mula tengok, rasa tak puas nak tengok superhero lain lak.

Sinopsis

Ayah Shang Chi ialah ketua bagi kumpulan ten rings yg gilakan kuasa. Dia berkuasa dan hidup kekal abadi kerana memiliki 10 gelang. Selepas isterinya dibunuh, dia menjadi pendendam. Dia inginkan anak nya, Shang chi gantikan tempat dia satu hari nanti. Tapi shang chi tak mahu dan dia larikan diri semasa ayahnya minta dia selesaikan task yang pertama. Ayahnya pula sentiasa mendengar suara ibunya dan dia percaya isterinya masih hidup dan disembunyikan di balik gua dia kampung halamannya. 

Okay bab action plak, yg ni tak leh dinafikan. Action dia padu gila. Fighting sequence dia sangat menakjubkan. Setiap choreography yg dipersembahkan akan buat teruja tgk. Pergerakan kamera semasa berlawan pun cantik tidak gegar buat mata juling tengok. Pasal CGI pula mmng cantik visual dia. Babak hujung2 tu akan ada pertarungan sengit yang akan buatkan korang rase wow. Visual yang diberikan mmng fascinating.



No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...