Tuesday, January 11, 2022

Tukar Alamat pada Kad Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Awal Januari 2022 saya dan suami ke UTC Pulau Pinang. Mulanya teman suami je sebab dia nak tukar pusat mengundi. Proses nak tukar pusat mengundi, kena tukar alamat pada kad pengenalan (IC). Untuk proses tu kena la datang Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Suami dah pergi Wisma Persekutuan Kepala Batas. Kena buat temujanji online. Slot yang available April 2022. So, dia walk in. Boleh walk in tapi ramai. Then dia pergi UTC Komtar weekday. Sama juga. Temujanji online dah penuh. Bila walk in orang ramai. Staf di situ minta datang on weekend. 

Hari Sabtu, 8.40 pagi gerak la kami ke Komtar. Jalan tak sesak. Parking kosong. Naik tingkat 3 Komtar masuk UTC. Terus ke JPN ambil nombor. Lepas 5 minit selesai. Kena tunggu 30 minit untuk IC siap. Masa tunggu ni saya baru perasan alamat di IC saya alamat lama rumah parents saya. Terus husband minta saya tukar alamat sekali. Masa saya ni orang dah ramai. Prosesnya tak selaju cam husband. Masa nak tunggu IC saya siap, kami turun cari makan dulu. Elok habis makan, IC pun siap. Total masa kami habiskan dari rumah - UTC - rumah 3 jam.

Dokumen yang diperlukan semasa prosedur penukaran alamat IC :

  • IC 
  • Salinan bil elektrik / air / cukai tanah / cukai pintu. (Khidmat photostat ada dalam ni)
  • Rm10 

Waktu operasi UTC sekarang
8 pagi - 5 petang
Isnin hingga Ahad

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...