Monday, May 30, 2022

Review Novel : Parut Yang Hilang

Novel ke 14 yang saya baca tahun 2022

Belian pukal di shopee sebab keluaran Prolog Media. 

SINOPSIS :-

Kalau kutahu realiti tak seindah mimpi, aku rela jalani hidup ini biarpun dihantui beribu persoalan. – Haifa

Dia sangkakan dia cuma terlibat dalam kemalangan biasa. Namun bila diberitahu apa sebenarnya yang terjadi, Haifa rasa segalanya amat luar biasa.

Hidup yang selama ini biasa-biasa sahaja, tiba-tiba diselubungi misteri. Bagaimana dia yang asalnya berada di Lumut, boleh terdampar di Betong, Thailand?

Macam mana pula, Najmi, insan yang bertakhta di hati selama ni, boleh bertukar kepada Mikhail? Dan tiba-tiba pula, muncul Naimah yang mengaku menjadi teman baiknya. Tidak cukup dengan itu, hadir Asan, yang buat hidup Haifa berubah 100%.

Semakin digali, semakin banyak rahsia yang ditemui. Yang pastinya, setiap rahsia itu semuanya saling berkait dengan
Tok Timah.

Jalan cerita novel ni banyak mistik yang memang wujud di dunia sebenar kita. Ending tergantung. Mungkin penulis nak buat sambungan.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...